Macam Terminator, Saintis China Cipta Robot Mampu Berubah Bentuk, Boleh Cair & Jadi Asal Semula

Macam Terminator, Saintis China Cipta Robot Mampu Berubah Bentuk, Boleh Cair & Jadi Asal Semula

Sekumpulan saintis dari China berjaya menghasilkan sebuah prototaip robot yang memiliki kebolehan untuk menukar bentuk badannya, daripada pepejal kepada cecair dan kembali menjadi pepejal.

Memetik laporan MailOnline semalam, kebolehan robot kecil tersebut tidak ubah seperti kebolehan salah satu watak dalam  filem Terminator 2: Judgment Day (1991).

Watak antagonis dalam filem tersebut, T-1000 memiliki kebolehan untuk berubah bentuk menjadi mencair dan bergerak dengan lebih bebas untuk melepasi sesuatu halangan lalu kembali ke rupa asalnya.

Sejak sekian lama, ramai percaya konsep robot seperti T-1000 sukar untuk direalisasikan, namun dengan kejayaan saintis dari Universiti Cina Hong Kong ini, dunia mungkin akan melihat T-1000 sebenar tidak lama lagi.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini, robot berkenaan yang masih dalam peringkat pembangunan dan mempunyai saiz serta bentuk seperti Lego itu diletakkan di dalam kurungan untuk tujuan eksperimen.

Robot tersebut yang asalnya dalam bentuk pepejal kemudian menjadi cecair dan bergerak melepasi kurungan tersebut. Selepas itu, robot berkenaan secara perlahan-perlahan berubah kembali ke bentuk pepejal seperti asal selepas berada di luar kurungan.

Kebolehan ini dapat direalisasikan menerusi pembenaman zarah magnetik ke dalam galium iaitu sejenis logam yang memiliki takat lebur yang rendah iaitu 29.4 darjah Celsius.

Ketua Penyelidik, Dr, Chengfeng Pan berkata, keupayaan robot tersebut untuk berubah bentuk menjanjikan kesesuaian pengaplikasian untuk pelbagai tugas seperti dalam dunia ketenteraan dan juga industri perubatan di masa hadapan.

Misalnya, robot ini boleh digunakan untuk ‘membawa’ ubat-ubatan di dalam badan manusia dan ‘menyerang’ penyakit tertentu seperti sel kanser secara terus.

Selain itu, teknologi ini juga boleh digunakan di kawasan-kawasan bencana dimana akses manusia sukar dicapai. Misalnya, untuk mencari mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan, robot-robot ini boleh berubah menjadi cecair dan melalui ruang-ruang runtuhan yang tidak boleh dilalui manusia untuk menuju ke lokasi mangsa dan memberi bantuan.

BACA: Sesuai Untuk Orang “Single”, Saintis Berjaya Cipta Robot Berupaya Beri Pelukan Sempurna

Sumber: Telegaph & MailOnline

The post Macam Terminator, Saintis China Cipta Robot Mampu Berubah Bentuk, Boleh Cair & Jadi Asal Semula appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*