“Kenapa Hanya 2%?” Ini Kaedah Kiraan Potongan Bulanan & Cara Mohon i-Sayang KWSP Untuk Isteri

Pada Mac yang lalu, satu lagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun diperkenalkan yang digelar sebagai i-Sayang. Caruman KWSP i-Sayang merupakan satu kemudahan yang membolehkan suami untuk memindahkan 2% daripada caruman KWSP miliknya kepada akaun isteri. Tujuan kemudahan ini diperkenalkan adalah untuk meluaskan jaringan keselamatan sosial, institusi kekeluargaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat untuk mempunyai perlindungan dan tabungan demi masa depan persaraan.

Bukan itu sahaja, kemudahan i-Sayang juga membolehkan para suami untuk menzahirkan rasa cinta mereka terhadap isteri masing-masing. Apa tidaknya, suami telah membantu meningkatkan tabungan persaraan si isteri supaya lebih menjamin masa depan pada usia tua nanti. Ramai yang sudah mengetahuinya, tapi mungkin tak ramai yang tahu bagaimana potongan dibuat dan cara untuk memohon kemudahan i-Sayang ini.

Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa kemudahan i-Sayang bukanlah paksaan terhadap suami, tetapi ianya adalah berbentuk sukarela sekiranya suami ingin memindahkan caruman kepada isterinya. Perkara ini kerana pada setiap bulan, sebanyak 2 peratus daripada caruman pekerja suami akan berpindah ke akaun isteri.

Secara ringkasnya, syarat kelayakan untuk memanfaatkan kemudahan ini adalah warganegara atau bukan warganegara, ahli KWSP, belum mencapai umur 75 tahun dan perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia. Selain itu, si isteri juga perlulah menjadi ahli KWSP supaya suami boleh memanfaatkan kemudahan ini.

Cara kiraan potongan setiap bulan

Sebagai contoh, sekiranya pendapat suami adalah sebanyak RM2,000 dan kadar berkanun syer pekerja adalah sebanyak 11%, makan amaun pindahan caruman adalah sebanyak RM40,00 sahaja. Amaun ini adalah berdasarkan formula apabila 2% daripada kadar berkanun syer pekerja di darab dengan caruman syer pekerja (RM)

Untuk lebih faham, anda boleh melihat cara kiraan seperti gambar di bawah:

Untuk pengetahuan anda juga, carumanan i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja. Tapi kenapa? Perkara ini kerana terdapat lebih 80% ahli KWSP yang mempunyai gaji di bawah RM5,000 dan ianya mungkin boleh menjejaskan gaji bersih pencarum setiap bulan.

Lebih 80% ahli KWSP yang mempunyai gaji RM5,000 ke bawah. Kadar permulaan 2% membolehkan majoriti suami yang merupakan ahli KWSP berpeluang untuk menyediakan simpanan jangka panjang dan jaminan pendapatan jangka panjang kepada isteri mereka seperti yang dinikmati oleh ahli KWSP kini. Walau bagaimanapun, suami boleh membuat caruman tambahan ke akaun KWSP isteri melalui saluran caruman sukarela.

Cara permohonan KWSP i-Sayang

Permohonan bagi menikmati kemudahan ini ada dengan dua cara iaitu melalui aplikasi i-Akaun dan juga terus mengunjungi pejabat KWSP yang berhampiran.

Aplikasi i-Sayang

  1. Daftar masuk
  2. Klik pada tab i-Sayang
  3. Klik daftar
  4. Masukkan maklumat isteri
  5. Buat pengesahan ahli
  6. Buat pengesahan permohonan

Kunjungi Pejabat KWSP

Bagi yang tidak mahir menggunakan aplikasi, anda juga boleh membuat permohonan dengan mengunjungi pejabat KWSP yang berhampiran. Anda perlu melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang KWSP 16G(SY) dan serahkan ketika mengunjungi cawangan KWSP.

2% Kini Tanda Cinta Sejati

Walaupun suami telah mencurahkan kasih sayang sepenuhnya terhadap isteri, tapi kemudahan i-Sayang ini juga boleh menjadi tanda cinta sejati suami kerana berfikiran panjang supaya masa depan isterinya lebih terjamin.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai caruman i-Sayang ini, anda boleh layari laman WEB INI



The post “Kenapa Hanya 2%?” Ini Kaedah Kiraan Potongan Bulanan & Cara Mohon i-Sayang KWSP Untuk Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*