Mahasiswa Maut Terjatuh Dari Tingkat 34 Kondominium

mahasiswa terjatuh kondominium

Mahasiswa Maut Terjatuh Dari Tingkat 34 Kondominium

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) — Seorang mahasiswa sebuah universiti maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, di sini, dipercayai semasa hendak mengambil pakaiannya malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada 8.17 malam, dan mayat remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditemukan di tingkat bawah bangunan 39 tingkat berkenaan.

“Dua saksi kejadian mendakwa remaja itu ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni. Dia memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni, bagaimanapun dikatakan hilang keseimbangan dan terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata mayat telah dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Semalam, seorang pemandu lelaki maut manakala seorang penumpang wanita dilaporkan rentung selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Sungai Miang, Pekan.

Memetik Sinar Harian, kemalangan berlaku melibatkan kereta Perodua Kancil yang dinaiki mangsa dengan sebuah treler sebelum terbakar.

Difahamkan, pemandu kereta itu dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut yang sedang menghala dari Nenasi ke Pekan, Pahang.

Dalam pada itu, kejadian itu turut disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria.

Menurut Zulfadli, panggilan kecemasan berkenaan kemalangan telah diterima oleh pihaknya pada jam 8.22 malam tadi.

Susulan menerima panggilan tersebut, seramai 14 anggota dan dua pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

The post Mahasiswa Maut Terjatuh Dari Tingkat 34 Kondominium appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*