Mahkamah Arah ‘Bapa’ 500 Anak Henti Derma Sperma

bapa 550 anak sperma

Mahkamah Arah ‘Bapa’ 500 Anak Henti Derma Sperma

Hakim Belanda telah mengarahkan seorang lelaki yang disyaki mempunyai lebih 550 anak melalui pendermaan sperma supaya berhenti menderma, lapor The Guardian.

Lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah oleh yayasan yang melindungi hak anak penderma dan ibu kepada salah seorang kanak-kanak daripada spermanya.

Menerusi garis panduan klinikal Belanda, seorang penderma tidak seharusnya menjadi bapa lebih daripada 25 anak dalam 12 keluarga.

Walau bagaimanapun, hakim menyatakan lelaki berusia 41 tahun itu telah membantu ‘melahirkan’ antara 550 dan 600 anak sejak dia mula menderma sperma pada tahun 2007.

Difahamkan juga, lebih daripada 100 anak lelaki tersebut dilahirkan di klinik Belanda dan yang lain secara persendirian.

Dalam masa sama, dia juga turut menderma kepada klinik di Denmark, yang kemudiannya menghantar spermanya secara meluas di luar negara.

“Penderma itu sengaja memberi maklumat yang salah kepada bakal ibu bapa tentang bilangan anak yang dia sudah dia derma pada masa lalu.

“Semua ibu bapa kini berhapan dengan hakikat bahawa anak-anak dalam keluarga mereka mempunyai rangkaian persaudaraan yang besar, dengan beratus-ratus adik beradik,” kata mahkamah daerah di The Hague.

BACA: Tak Guna Kertas, Ini Cara Warga Gambia Undi Guna Guli Semasa Pilihan Raya

Mahkamah menganggap ia cukup munasabah bahawa perkara tersebut berpotensi membawa kesan psikososial negatif untuk kanak-kanak.

Mark de Hek, salah seorang peguam dalam kes itu mengatakan ia adalah kali pertama hakim memutuskan kes sedemikian.

Kes itu adalah yang terbaru dalam siri skandal kesuburan yang melanda Belanda.

Hakim Thera Hesselink berkata mahkamah melarang defendan daripada menderma air maninya kepada bakal ibu bapa baharu selepas keluar daripada penghakiman itu.

Sekiranya dia meneruskan sumbangannya dia akan berdepan denda sebanyak RM512,000 untuk setiap pelanggaran serta denda tambahan mengikut perintah hakim. 

Ibu kepada salah seorang kanak-kanak berkata dia bersyukur kerana mahkamah telah menghalang lelaki itu daripada melakukan derma sperma secara besar-besaran.

“Saya meminta penderma untuk menghormati kepentingan kami dan menerima keputusan mahkamah kerana anak-anak tidak sepatutnya ditinggalkan sendiriaan,” kata wanita itu.

Sumber: The Guardian

BACA: Mahkamah Ketepikan Hak Cipta Gambar “Selfie” Kepada Pemilik Asal

The post Mahkamah Arah ‘Bapa’ 500 Anak Henti Derma Sperma appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*