Mahu Waktu Kerja Fleksibel, Wanita Pilih Jadi Pengusaha Seni Khat

wanita seni khat

Mahu Waktu Kerja Fleksibel, Wanita Pilih Jadi Pengusaha Seni Khat

Pernah dicampak alatan melukis dek tidak mendapat galakan keluarga, kini bidang seni kaligrafi tulisan jawi atau khat menjadi sebahagian daripada kehidupan Zainab Desa, 44, kerana minat yang mendalam bahkan tidak mematahkannya semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang ini.

Ikuti perjalanan hidup Zainab sebagai penghasil seni kaligrafi khat dalam segmen Ini Kisah Aku.

Menurut wanita lulusan Sains Komputer Multimedia itu, dia pada awalnya bekerja sebagai seorang developer di Heitech Padu di Subang Jaya sebelum mula menjejakkan kaki dalam bidang ini sepenuh masa.

Katanya, bermula daripada permintaan rakan sekerja dalam seni khat, telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya.

“Bila kami cuba pasarkan, tiba-tiba dapat sambutan. Jadi dari situ saya rasa seni khat ni boleh pergi jauh.

“Permulaan dia kami mula dari platform blogspot, Facebook sampailah ke Instagram dan sekarang TikTok,” ujarnya.

Sejak berkecimpung dalam industri ini pada tahun 2010, Zainab tak menang tangan daripada terus menerima pesanan daripada peminat seni khat ini.

Keunikan Lukisan Kaligrafi Murah

Zainab memberitahu, karya yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap orang dengan harga mampu milik. Baginya, seni ini tidak mempunyai harga tetap.

BACA : “You Know Khairul Aming?” KA Mendunia Lagi Di London

Uniknya, lukisan yang dihasilkan juga menggunakan teknik mixed media.

wanita seni khat

“Saya menggunakan teknik mixed media, bergantung kepada seni yang dihasilkan. Contohnya kalau landskap, mungkin saya akan guna berus sahaja, kalau abstrak ada saya akan guna span, plastik dan ada saya guna pasir khas.

“Jadi, lukisan saya pun banyak glow in the dark,” katanya lagi.

Tambah anak bongsu daripada tiga beradik itu, tempoh untuk menyiapkan lukisan ini juga bergantung kepada saiz. Misalnya jika ia menggunakan ayat Asma’ul husna, waktu yang diperlukan boleh mencecah sebulan.

“Tak pernah ada asas dalam seni khat, hanya belajar melalui dalam talian”

Walau bagaimanapun, ibunya menjadi salah seorang tulang belakang dalam kejayaannya meskipun pada awalnya kurang yakin dengan bidang yang diceburinya kini.

Ditanya mengenai pencapaian terbesar sepanjang bergelar penghasil seni khat ini, Zainab memberitahu, berkat kerjaya ini dapat memenuhi segala impian arwah ibu.

Lebih-lebih lagi mengenangkan arwah yang telah kembali ke rahmatullah sejak dua tahun, Zainab terus tabah membina semula kariernya selepas bagai layang-layang terputus tali, sebelum kembali fokus sepenuhnya pada tahun ini.

wanita seni khat

“Niat saya waktu berhenti kerja memang itu sahaja. Saya rasa memang puas hati selama sempat 10 tahun saya dapat bagi dekat mak apa yang dia nak, semua dia dapat.

“Dia nak pergi mana-mana, saya boleh bawa,” katanya sambil menambah mempunyai waktu yang fleksibel bersama arwah dengan kerjaya ini.

BACA JUGA: Apa Nak Buat Kalau STR 2024 Tidak Lulus?

Bukan sekadar menconteng di atas kanvas, Zainab menyifatkan ia juga boleh menjadi amal jariahnya.

“Bagi saya, ayat-ayat seni khat ini bila kita tampal (gantung), anak-anak baca tengok, kita dapat juga pahala,” katanya.

wanita seni khat

Jika diberikan rezeki lebih, dia berhasrat untuk membuka sebuah studio khas seni khat ini dalam mengembangkan bidang ini pada masa akan datang.

“Perancangan saya, mungkin satu hari nanti, saya akan buka juga studio untuk orang datang.

“Selama ni saya tak berkesempatan buat sebab saya kena jaga mak saya. Lepas ni mungkin insya-Allah kalau ada rezeki, doa-doakan saya boleh buka studio dan boleh hasilkan lebih banyak lukisan yang siap. Sebab sekarang ni saya banyak buat lukisan untuk tempahan sahaja.

“Harapan saya, seni khat ini semoga ramai lagi yang akan menceburi bidang seni khat ini sebab seperti sedia maklum, seni khat ini orang pandang macam agak ketinggalan berbanding dengan seni yang lain.

“Jadi saya berharap lebih ramai anak-anak muda yang ingin menceburi bidang kaligrafi ini,” luahnya.

Untuk melihat sendiri hasil karya Zainab boleh tonton video di bawah atau di Instagram, Facebook dan TikTok Lukisan Kaligrafi Murah.

The post Mahu Waktu Kerja Fleksibel, Wanita Pilih Jadi Pengusaha Seni Khat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*