PM Anwar Dijangka Umum Rombakan Kabinet Kerajaan Hari ini

Rombakan Kabinet Dijangka Berlaku Pada Hari Ini

PM Anwar Dijangka Umum Rombakan Kabinet Kerajaan Hari ini

Rombakan kabinet kerajaan Malaysia dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, lapor Sinar Harian.

Manakala Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Sumpah Simpan Rahsia pula dijangka akan diadakan pada sebelah petang.

Menteri Persekutuan yang terlibat dalam rombakan itu akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pada itu, rombakan kabinet bukanlah satu perkara yang baharu dan luar biasa dalam keadaan politik di Malaysia.

Namun usaha itu menunjukkan pihak kerajaan komited dalam memastikan setiap individu yang dipilih oleh rakyat mampu menjalankan tugas dengan baik.

Menurut laporan Sinar Harian, terdapat beberapa kementerian yang dijangka terlibat dalam rombakan kabinet tersebut.

Antaranya, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Komunikasi Digital (KKD), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Sebelum ini, khabar angin mengenai rombakan Kabinet tercetus khususnya selepas kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Perkara ini susulan penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Julai lalu.

Sehubungan itu, terdapat beberapa persoalan berkenaan siapakah individu yang bakal menggantikan tempat beliau dalam Kabinet Kerajaan.

Menurut sumber, individu yang bakal menggantikan tempat beliau dalam Kabinet baharu Anwar merupakan seorang ahli korporat.

Selain itu, terdapat beberapa nama yang disebut-sebut iaitu Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad.

PM Anwar Membayangkan Rombakan Kabinet Bulan Ini

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Bayangan ini telah diberikan apabila seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun bertanyakan soalan tersebut pada 1 Disember 2023.

Akmal Afif Yaseer Arafat (12) telah bertanya soalan demikian selepas Anwar selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 18.

“Datuk Seri, bila rombakan Kabinet,” tanya kanak-kanak tersebut.

“Akmal cadang bila, sebelum atau selepas 2024,” tanya Anwar kepada kanak-kanak berkenaan dan Akmal Hafiz menjawab: “Sebelum 2024”.

“Dia jawab sebelum 2024. Saya setuju,” kata Anwar.

BACA: ‘Gerenti’ Jadi, Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan

Sumber: Sinar Harian

The post PM Anwar Dijangka Umum Rombakan Kabinet Kerajaan Hari ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*