MAIS Lancar Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 Bermula 18 Ogos Sehingga 15 September 2023

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 bermula 18 Ogos sehingga 15 September 2023 bagi memupuk kesedaran masyarakat cintakan ilmu faraid yang kian dilupakan kini dan mengurus harta pusaka.

Pelancaran disempurnakan oleh Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS semasa merasmikan Seminar Harta Pusaka Penyambung Silaturrahim di sini hari ini.

Sejak tahun 2006 sehingga kini, sebanyak lebih 3,200 surat wasiat, 2,500 dokumen hibah dan 1,500 harta pusaka hak Baitulmal telah dikendalikan oleh MAIS. MAIS mengambil insiatif untuk memberi kefahaman dan mendidik masyarakat agar celik ilmu faraid dan seterusnya menjadikan amalan merancang dan menguruskan harta dengan betul.  

Lancar Bulan Faraid

Sebagai sebuah agensi Islam Negeri Selangor yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam betapa pentingnya mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak.

Pelbagai program diatur sepanjang kempen berlangsung antaranya ialah hebahan informasi berkenaan Faraid dan Harta Pusaka, Kursus Faraid, Seminar Harta Pusaka, Forum Perdana Pusaka, Hari Bersama Baitulmal, Tik Tok Live Pusaka, Kuliah Maghrib Khas Pusaka, Slot Celik Ilmu Pewarisan Radio IKIM, Slot Rancang Harta Urus Pusaka Radio Klasik, Siaran secara langsung Selamat Pagi Malaysia RTM dan Assalamualaikum TV Al-Hijrah.

Lancar Bulan Faraid

Masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat berhubung aktiviti sepanjang Bulan Faraid Negeri Selangor ini bolehlah mengikuti perkembangan di media sosial MAIS iaitu Facebook, Instagram dan Tik Tok Majlis Agama Islam Selangor.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan melaksanakan pengurusan harta di MAIS, boleh layari laman web MAIS www.mais.gov.my.

The post MAIS Lancar Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 Bermula 18 Ogos Sehingga 15 September 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*