KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

KKM Tiga Produk Kosmetik Racun

KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan tiga produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa produk yang dikenal pasti adalah BL Ledehh Day Cream 2 (mengandungi Merkuri), BL Ledehh Night Cream (mengandungi Merkuri) dan For U Night Cream 15 gram (mengandungi Hydroquinoe, Tretinoin dan Betamethasone 17 – Valerate).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhamad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan rasmi menggesa orang awam untuk mengelakkan daripada membeli poduk tersebut.

Susulan itu, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan KKM telah membatalkan notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Sumber: KKM 

The post KKM Kesan Tiga Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*