Majikan Pun Boleh Laporkan, Ini Cara Buat Aduan Ke Pejabat Buruh

cara aduan pejabat buruh

Majikan Pun Boleh Laporkan, Ini Cara Buat Aduan Ke Pejabat Buruh

Seperti yang diketahui, setiap negara mempunyai buruh khususnya dalam sektor estet dan perladangan.

Sebahagian besar buruh yang bekerja dalam sektor bermandi peluh di bawah cahaya matahari ini dilakukan demi mencari rezeki buat menampung diri dan keluarga.

Namun, kadangkala ada juga sesetengah majikan yang suka mengambil kesempatan terhadap pekerjanya hingga membebankan mereka.

Berikutan itu timbulnya perasaan ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja kerana dikerahkan untuk kerja lebih masa tanpa memberikan sedikit pun belas kasihan.

Tetapi anda jangan tak tahu, sebenarnya di Malaysia kebajikan golongan buruh juga dijaga. Sekiranya majikan suka mengambil kesempatan terhadap pekerja, anda boleh membuat aduan di Pejabat Buruh.

Nak tahu bagaimana cara membuat aduan ke Pejabat Buruh? Jom ikuti perkongsian Nas Rahman di bawah.

BACA: Siap Ada Meja Sendiri, Kucing Dibawa “Fine Dining” Tengok Menu Pun Rasa Mewah

Cara Buat Aduan Ke Pejabat Buruh 

Gambar: X @nas_rahmann

Pejabat Buruh ni banyak nama. Ada orang panggil Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pejabat Tenaga Kerja. Ada juga nak guna Mahkamah Buruh.

Semua ini sebenarnya sama. Jangan pening-pening. 

Kalau nak tahu, selepas pindaan Akta Kerja 1955 yang terbaru, semua pekerja sudah boleh buat aduan ke Pejabat Buruh!

Ya, semua.

Sebelum ini hanya pekerja bergaji bawah RM2,000 sahaja boleh dan untuk sesetengah kes, bergaji bawah RM4,000. 

Ramai juga tidak tahu bahawa sebenarnya bukan pekerja sahaja yang boleh buat aduan tapi 𝐦𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐁𝐮𝐫𝐮𝐡.

Contoh aduan yang boleh dibuat oleh PEKERJA:

a. Gaji tertunggak
b. Komisyen tertunggak
c. Elaun cuti bersalin
d. Upah kerja lebih masa
e. Bayaran ganti notis
f. Faedah penamatan kerja

BACA: Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan: Ini Cara Semakan

Aduan yang boleh dibuat oleh MAJIKAN:

a. Bayaran ganti notis

Walaupun semua pekerja sudah dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 dan dibenarkan buat aduan ke Pejabat Buruh tapi untuk mereka yang bergaji lebih RM4,000, ada tuntutan tak boleh dibuat di Pejabat Buruh. 

Yang bergaji lebih RM4,000 tidak dibenarkan untuk buat tuntutan seperti di bawah;

a. Bayaran kerja lebih masa
b. Bayaran kerja hari rehat
c. Bayaran kerja pada cuti am
d. Elaun kerja syif
e. Faedah penamatan kerja

Langkah Aduan Ke Pejabat Buruh

Gambar: Bernama

Ini langkah-langkah untuk korang buat aduan ke Pejabat Buruh

1. Sediakan Dokumen Penting

Sebelum pergi ke Pejabat Buruh, sebaiknya kita sediakan terus dokumen-dokumen asas bagi memudahkan urusan pegawai untuk mendengar kes kita.

Antara dokumen asas yang perlu ada:

a. Kad Pengenalan
b. Kontrak Kerja atau Surat Lantikan
c. Slip gaji
d. Notis penamatan (jika ada)

Dokumen-dokumen ini akan membantu kita untuk membuat aduan secara bertulis di Pejabat Buruh nanti.

2. Aduan Secara Bertulis Di Pejabat Buruh 

Mana-mana individu sama ada pekerja atau majikan yang mempunyai pertikaian mengenai kontrak kerja, perlu membuat aduan secara bertulis ke Pejabat Buruh.

[Seksyen 70 Akta Kerja 1955]

Aduan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Buruh yang terdekat dengan tempat kerja.

Semasa di kaunter, individu yang membuat aduan perlu membuat kenyataan bertulis kepada pegawai yang bertugas.

Dalam kenyataan bertulis tersebut, perlu mengandungi maklumat-maklumat berikut:

a. Nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini;
b. Jawatan dan gaji bulanan
c. Nama dan alamat majikan (sebaiknya buat carian SSM)
d. Tarikh mula bekerja dan tempoh bekerja
e. Fakta dan kronologi lengkap aduan yang dikemukakan
f. Tuntutan yang ingin dibuat

BACA JUGA: Kereta Selalu Lekat Dalam ‘Traffic Jam’ Perlu Kerap Tukar Minyak Enjin? Ini Penjelasan Pakar

Individu yang membuat aduan akan membuat kenyataan bersumpah di hadapan pegawai di mana kenyataan tersebut akan direkodkan dalam Buku Kes.

Sebaiknya, sebelum buat aduan, dapatkan nasihat dan atau atau khidmat peguam terlebih dahulu untuk mendraf kenyataan bertulis yang terperinci dan lengkap bagi memudahkan urusan.

Selepas kenyataan direkodkan di hadapan pegawai, Pengadu akan diberikan salinan Kenyataan Tuntutan.

Kenyataan Tuntutan ini sama seperti laporan polis. Kena simpan Kenyataan Tuntutan ini dan bawa bersama setiap kali perjumpaan di Pejabat Buruh.

Tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan untuk buat aduan ke Pejabat Buruh.

Kenyataan Tuntutan ini juga berfungsi sebagai ringkasan kes sekiranya anda ingin melantik peguam bagi mewakili anda dalam prosiding di Pejabat Buruh. 

Jadi, pastikan simpan elok-elok Kenyataan Tuntutan.

3. Saman Dikeluarkan Dan Tarikh Sebutan Kes Ditetapkan

Gambar: Bernama

Apabila aduan sudah dibuat, Pejabat Buruh akan menetapkan satu tarikh bagi Sebutan Kes. Kedua-dua pihak perlu hadir semasa Sebutan Kes tersebut.

Pengadu akan diberikan notis yang akan maklumkan bila dan di mana Sebutan Kes akan diadakan manakala Majikan akan menerima Borang A iaitu Saman Defendan di mana dalam Saman tersebut akan dinyatakan jenis tuntutan Pengadu. 

4. Sebutan Kes Dan Perbincangan

Kebiasaannya pada Sebutan Kes yang pertama, pihak Pejabat Buruh akan memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan pertikaian secara baik-baik terlebih dahulu.

Pihak-pihak boleh ambil peluang ini untuk berbincang dan mencari jalan tengah bagi menyelesaikan pertikaian.

Sekiranya tiada kata putus dimuktamadkan, Pejabat Buruh akan menetapkan tarikh Perbicaraan bagi kes tersebut.

Penetapan tarikh Perbicaraan, sama ada cepat atau lambat, bergantung kepada jadual Pejabat Buruh.

BACA JUGA: Giat Berlatih, Muslim Ahmad Bakal Berentap Dalam Muay Thai

5. Perbicaraan Dijalankan

Pada hari perbicaraan, sekiranya kedua-dua pihak tidak melantik peguam, maka pihak-pihak akan mewakili diri sendiri semasa perbicaraan.

Siapa yang buat aduan akan memulakan kes terlebih dahulu dengan memberikan keterangan. Contohnya, pekerja buat aduan untuk tunggakan gaji.

Jadi, semasa perbicaraan, pekerja yang akan memberikan keterangan terlebih dahulu.

Pastikan bawa dokumen-dokumen yang relevan untuk dirujuk dan susun elok-elok. Kemudian, majikan akan menyoal balas keterangan pekerja. 

Selepas majikan selesai tanya soalan kepada pekerja, pegawai Pejabat Buruh pula yang akan tanya soalan.

Habis pegawai Pejabat Buruh tanya soalan, kalau pekerja tiada saksi lain, giliran majikan pula yang jadi saksi dan memberikan keterangan.

Pekerja pula yang akan soal balas majikan dan seterusnya pegawai Pejabat Buruh akan tanya soalan kepada majikan. Sekiranya majikan pun tiada saksi lain, maka perbicaraan telah selesai.

6. Hujahan Bertulis 

Apabila perbicaraan sudah tamat, pegawai Pejabat Buruh akan memberikan arahan kepada pihak-pihak untuk menyediakan Hujahan Bertulis.

Biasanya tempoh masa yang akan diberikan adalah seminggu atau 2 minggu daripada tarikh perbicaraan.

Kalau pihak-pihak ada peguam, peguamlah yang akan sediakan Hujahan Bertulis.

BACA: Ini Rupanya 5 Pemilik Tanah Terbesar Di Dunia

7. Keputusan Kes 

Selepas Hujahan Bertulis telah diserahkan kepada Pejabat Buruh, pihak-pihak akan menerima surat makluman tarikh Keputusan kes akan diberikan. 

Pihak-pihak perlu hadir pada hari Keputusan dibacakan.

Sekiranya tidak hadir, Keputusan masih tetap akan dibacakan oleh pegawai Pejabat Buruh. Tarikh Perintah akan ikut tarikh Keputusan dibacakan.

Salinan Perintah tetap akan diserahkan kepada pihak-pihak.

Sekiranya tuntutan Pengadu berjaya, Defendan perlulah membuat bayaran kepada Pengadu dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah. 

Semoga bermanfaat.

Sumber:  X @nas

The post Majikan Pun Boleh Laporkan, Ini Cara Buat Aduan Ke Pejabat Buruh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*