Bayer Leverkusen Bakal Tamatkan Dominasi 11 Musim Bayern Munich?

Bayer Leverkusen Bakal Tamatkan Dominasi 11 Musim Bayern Munich?

Setiap masa nak berbual pasal Liga Inggeris pun bosan juga kan? Walaupun perebutan takhta Liga Inggeris sedang sengit, tanpa kita sedar satu kelab yang sebelum ini hanya sekadar pasukan pertengahan liga, kini sedang memimpin Bundesliga dengan rekod masih belum tewas selepas 22 perlawanan.

Ya, hari ini kita bercakap tentang Bayer 04 Leverkusen. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita cerita sikit sejarah dan latar belakang kelab dari Jerman ini.

Ditubuhkan Oleh Staf Farmaseutikal

Bayer Leverkusen yang asalnya sebuah kelab sukan  ditubuhkan oleh staf-staf syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di Leverkusen iaitu Bayer AG. Kelab sukan yang dikenali sebagai TSV Bayer 04 Leverkusen juga dahulu terlibat dalam sukan lain seperti gimnastik, bola keranjang dan bola baling.

Pada 1999, sukan bola sepak dari kelab sukan tersebut dipisahkan dan secara rasmi dikenali sebagai Bayer 04 Leverkusen sehingga kini. Namun, sebelum dipisahkan, mereka memang sudah layak bermain di Bundesliga sejak 1979 dan tidak pernah tersingkir dari divisyen tertinggi itu sehingga kini.

bayer tamatkan dominasi bayern

Sehingga artikel ini ditulis (19 feb 2024), Bayer Leverkusen belum pernah menjuarai Bundesliga. Hanya pernah menjadi naib juara sebanyak lima kali. Antara piala yang pernah dimenangi adalah DFB-Pokal (1993) dan UEFA Cup (1988) yang kini dikenali sebagai Europa League.

Xabi Alonso ‘Bapa Pemodenan’ Bayer Leverkusen

Bekas pemain Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich ini dilantik sebagai pengurus baru Leverkusen sejak 5 Oktober 2022 yang menggantikan Gerardo Seoane yang dipecat. Xabi dianggap bapa pemodenan untuk kelab tersebut, kerana kurang setahun selepas dilantik beliau sedang membawa Leverkusen untuk mencapai satu rekod yang diidamkan sejak kelab itu tertubuh.

Xabi menggunakan formasi 3-4-2-1 bersama Leverkusen. Formasi ini memfokuskan kelincahan bahagian sayap untuk bergerak memburu gol. Meletakkan Grimaldo dan Frimpong di bahagian penting itu nampak berhasil sehingga setakat ini.

bayer tamatkan dominasi bayern

Walaupun sistem ini menggunakan tiga bek sahaja, tapi dikukuhkan dengan dua pivot berpengalaman iaitu Granit Xhaka dan Exequiel Palacios. Taktikal ini perlu menguasai bola untuk berhasil dan bila kehilangan bola, pemain akan cepat turun ke garisan tengah untuk menang bola semula.

Belum Kalah Sejak 30 Julai 2023

Setakat artikel ditulis, Bayer Leverkusen telah mencatat 32 rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan. Kali terakhir Bayer tewas ketika aksi Bundesliga lawan Real Sociedad 1-0.

Untuk aksi Bundesliga setakat ini, Bayer mencatat 18 menang dan 4 seri meletakkan mereka 8 mata bersih di depan juara bertahan 11 tahun berturut-turut, Bayern Munich.

bayer tamatkan dominasi bayern
AFP

Leverkusen juga menjadi satu-satunya pasukan liga utama eropah yang belum kalah setakat ini.

Bayern Munich pula baru sahaja tewas sekali lagi dalam aksi Bundesliga minggu lepas 3-2 dengan VfL Bochum. Ini sudah pasti memberi kelebihan luas untuk Leverkusen terus memimpin liga.

Bayern Munich hanya mencatat 16 kemenangan, 2 seri dan 4 kalah dalam 22 aksi liga. Hanya 4 mata terpisah dari VfB Stuttgart di kedudukan ketiga.

Bayer Leverkusen Tamatkan Dominasi 11 Musim Bayern Munich?

Seakan Liga Super Malaysia yang didominasi JDT selama 10 tahun, Bayern juga sudah 11 musim berturut-turut menjuarai Bundesliga sejak musim 2012/13. Kali terakhir kelab lain menang Bundesliga ialah Borussia Dortmund dibawah kendalian Jurgen Klopp pada musim 2010/11.

Adakah Bayer Leverkusen bakal menamatkan dominasi 11 musim Bayern Munich? Jika mengikut kedudukan sekarang, Bayern perlu menang 3 perlawanan dan mengharapkan Leverkusen kalah 3 perlawanan untuk memintas takhta liga dan kekal dominasi Bundesliga untuk musim ke-12 berturut-turut.

AFP

Namun, jika itu gagal, Bayer Leverkusen bakal mencipta sejarah baru dengan memnangi trofi Bundesliga sulungnya sejak kelab itu ditubuhkan. Ia bakal menjadi satu momen indah buat penyokong khususnya dan buat kelab Leverkusen itu sendiri.

Badi ‘Tandus’ Piala Harry Kane Berterusan?

Selain dominasi Bayern Munich yang bakal terkubur, ada juga media-media bercakap mengenai Harry Kane yang mungin akan ketandusan piala semusim lagi. Dalam karier senior beliau, Kane belum pernah menjuarai apa-apa piala bersama Tottenham Hotspurs sebelum ini.

Untuk musim ini pula, Bayern Munich sudah tersingkir dari kejohanan DFB Pokal, ketinggalan 8 mata dalam Bundesliga dan tewas perlawana pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Jika tersingkir dari UCL, hanya tinggal Bundesliga sahaja harapan Bayern dan Kane untuk menjulang trofi yang berbaki 16 perlawnan lagi.

Kali terakhir Kane menjulang piala pada kejohanan Torneio Internacional Algarve U17 bersama pasukan England bawah 17 tahun. England B-17 menjadi juara kejohanan tersebut pada edisi 2010.

Rekod peribadi, Kane berjaya mencatat nama sebanyak 2 kali sebagai pemain terbaik  dan 3 kali penjaring terbanyak Liga Inggeris.

The post Bayer Leverkusen Bakal Tamatkan Dominasi 11 Musim Bayern Munich? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*