Majlis Pelancaran The Highest Value Hari Raya Hamper Giveaway & Pengumuman Penaja Rasmi Absolut Bazzar X Festival Gaya Raya 2023

KUALA LUMPUR – Sempena Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023, pihak penganjur  akan mengadakan pelbagai aktiviti sampingan. Salah satunya termasuk “GEMPAK HAMPER  RAYA”, THE HIGHEST VALUE HARI RAYA HAMPER GIVEAWAY yang akan tersenarai di dalam  MALAYSIA BOOK OF RECORDS. Pelancaran tersebut telah berlangsung di lokasi rasmi  ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 (ABXFGR’23), Pusat Pameran dan  Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 3 April 2023. 

Selain untuk menarik minat para pengunjung, ABXFGR’23 juga berhasrat untuk menggunakan  peluang ini sebagai salah satu cara untuk berbakti kepada masyarakat. Barisan jenama besar  dan usahawan-usahawan tempatan turut bekerjasama dalam menjayakan Gempak Hamper  Raya dengan memberi sumbangan berbentuk barangan untuk pemberian hamper tersebut. 

Dalam pada itu, Gempak Hamper Raya ini juga akan menarik minat lebih ramai pengunjung  untuk berkunjung ke ABXFGR’23 selain dapat memberi lebih peluang kepada para usahawan  untuk merasai pengalaman terbaik sepanjang acara ini diadakan pada April nanti. Selain  daripada itu, Gempak Hamper Raya juga dianggarkan dapat mencipta momen yang tidak  dapat dilupakan! 

ABXFGR’23 dengan bangganya mengumumkan penyertaan penaja-penaja rasmi yang  dihormati, iaitu Coca-Cola Far East Ltd. sebagai Rakan Minuman Eksklusif, Al-Ikhsan sebagai  Rakan Pakaian Rasmi, Tiktok sebagai Rakan Promosi Rasmi, So Chantique sebagai Rakan  Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan Siakap Keli sebagai Rakan Media  Rasmi.  

Selain itu, ABXFGR’23 juga mendapat sokongan daripada Malaysian Furniture Council,  Hijabistahub, Kamya, Elrah Exclusive dan Sugar Bomb yang juga digelar Rakan Sokongan. 

Jom sama-sama memeriahkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 yang bakal  berlangsung pada 14 – 17 April 2023 di MITEC bermula 12 tengah hari (14 April) sehingga 5  pagi (17 April) – 66 jam tanpa henti! Pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi  menarik perhatian pengunjung. 

Jumpa anda di ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023

The post Majlis Pelancaran The Highest Value Hari Raya Hamper Giveaway & Pengumuman Penaja Rasmi Absolut Bazzar X Festival Gaya Raya 2023 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*