Majlis Perbandaran Bentong Arah Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands Dihentikan

plaza tol Genting Highlands

Majlis Perbandaran Bentong Arah Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands Dihentikan

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) dilaporkan tidak dimaklumkan berkenaan projek pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands, lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menjelaskan bahawa beliau sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol tersebut sejak 13 Oktober lalu.

“Saya telah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak melibatkan dan tidak dimaklumkan kepada LLM dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Walau bagaimanapun, sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan kerajaan negeri Pahang tidak menerima sebarang permohonan pembinaan tersebut.

“Oleh itu, arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh MBK agar pihak pemaju menghentikan sebarang usaha-usaha lanjut pembinaan sehinggalah pihak pemaju menghantar permohonan untuk diteliti sebelum dinilai dan diluluskan,” katanya.

Sudah ambil maklum isu tular tersebut

Selain itu, Young Syefura juga turut mengambil maklum tentang isu yang sedang tular tersebut dan menimbulkan keresahan pelbagai pihak.

“Untuk pengetahuan semua, Genting Highlands merupakan tanah persendirian. Sejak sekian lama jalan ke Genting Highlands diuruskan oleh pihak Genting Highlands sendiri,” katanya.

Baru-baru ini, gambar pemasangan struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya telah tular di media sosial.

Orang ramai berspekulasi bahawa berkemungkinan plaza tol bakal dibangunkan di lokasi tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd telah mengesahkan pelaksanaan kutipan tol itu.

Syarikat tersebut dikatakan akan mengendalikan tol, namun ia hanya dikenakan kepada pemandu semasa ke Genting Highlands sahaja.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Bagaimanapun, bila tarikh dan berapa kadar tol yang akan dikenakan tidak dapat disahkan oleh jurucakap syarikat tersebut.

Difahamkan, syarikat itu bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan di Genting itu.

Ia termasuk pembinaan cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan.

Sumber: Sinar Harian

The post Majlis Perbandaran Bentong Arah Pembinaan Plaza Tol Genting Highlands Dihentikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*