Malam Amal Flint Membantu Mereka Yang Memerlukan

Malam Amal Flint Membantu Mereka Yang Memerlukan

DAMANSARA, 21 MAC 2024 – Flint Coffee & Roastery (Flint KL), menyusun jalinan kasih dengan penganjuran Malam Amal Flint yang telah diadakan pada 21 Mac lalu di satu-satu cawangannya di pusat beli-belah The Curve.

Diadakan istimewa pada bulan Ramadan, Malam Amal Flint diadakan dengan tujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 

Sumbangan yang disalurkan merangkumi duit raya, hamper dan agihan barangan mentah keperluan harian yang diharapkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. 

Majlis yang penuh makna ini disempurnakan pada acara iftar menerusi Buffet Ramadan Flint bertemakan Juadah Dendang Perantau bersama kanak-kanak serta penghuni dari Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Cahaya Kasih. 

malam amal flint membantu mereka yang memerlukan

“Sebenarnya, sudah menjadi hasrat saya dan pasukan di Flint KL untuk menganjurkan program Malam Amal Flint pada tahun ini. 

“Hasil kerja kami dalam menjayakan penjenamaan Flint KL, perlu dituai dengan cara membantu mereka yang memerlukan sebagaimana misi dan visi program Malam Amal Flint ini,” katanya. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 4 selebriti dan pempengaruh terkenal tanah air iaitu Nana Mahazan, Mya Zulkifli, Naddy Rahman dan Syafa Nisa.

malam amal flint membantu mereka yang memerlukan

Empat pempengaruh ini telah terlibat sejak 16 Mac lalu menerusi usaha murni mereka dalam menyampaikan mesej berkenaan penganjuran acara CSR berkenaan dan peluang orang ramai untuk manderma melalui platform yang diperkenalkan Flint KL sepanjang Ramadhan ini. 

Keempat-empat mereka telah berpeluang beramah mesra dengan 35 kanak-kanak dari rumah kebajikan Cahaya Hati dan memilih baju raya buat semua adik comel berkenaan.

malam amal flint membantu mereka yang memerlukan

Pada acara berkenaan, turut diadakan persembahan istimewa dari penyanyi jemputan, Amer Yusoff iaitu bekas anggota kumpulan Ruffedge.

malam amal flint membantu mereka yang memerlukan

Meskipun Malam Amal Flint telah pun berlalu pada 21 Mac lalu, namun Flint KL mengalu-alukan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menyokong kempen ini yang akan berakhir pada 7 April 2024. 

Sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk wang atau barangan keperluan yang bermanfaat. 

malam amal flint membantu mereka yang memerlukan

Sumbangan berbentuk wang boleh disalurkan melalui akaun Maybank 5627 5968 5182 (Solist Global Sdn.Bhd).

Maklumat lanjut, sila hubungi 016-2913551 atau e-mel ke flint@solistglobal.com

 

 

 

The post Malam Amal Flint Membantu Mereka Yang Memerlukan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*