Malang Tak Berbau, Kanak-kanak Perempuan Putus Kaki Digilis Lori Ketika Selamatkan Kucing

putus kaki digilis lori

Malang Tak Berbau, Kanak-kanak Perempuan Putus Kaki Digilis Lori Ketika Selamatkan Kucing

Malang tidak berbau, seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia kehilangan kedua belah kakinya dalam hanya beberapa saat akibat digilis lori ketika cuba menyelamatkan seekor kucing, lapor Tribun News.

Kejadian yang berlaku di Labuhanbatu, Sumatera Utara itu mengakibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun terbabit mengalami kecederaan parah di kaki sekali gus menjadikannya sebagai kurang upaya (OKU).

Ketua Unit Trafik Polis Labuhanbatu, Muhammad Ainul Yaqin berkata kemalangan berlaku pada 21 Julai di jalan awam di daerah tersebut, memetik Kompas.com.

Jelasnya, ketika kejadian kanak-kanak tersebut dikatakan tiba-tiba melintas jalan untuk menyelamatkan kucingnya.

Selepas tragedi itu berlaku, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Rantauprapat untuk rawatan lanjut.

“Kucing itu berlari ke arah jalan. Pada masa yang sama, sebuah lori yang membawa bahan simen lalu di kawasan tersebut,” ujarnya.

Kanak-kanak tersebut kini sedang menjalani rawatan dan lukanya masih belum sembuh sepenuhnya.

“Kaki kanan dipotong bermula dari betis dan kaki kiri masih berbalut kerana luka masih belum sembuh.

“Kanak-kanak itu masih memerlukan penjagaan pasukan perubatan. Jadi dia masih berada di Rantauprapat bagi memudahkan perubatan memantau keadaan mangsa,” katanya.

BACA: Wanita Maut, Anak Putus Kaki Dalam Nahas Babitkan Enam Buah Kenderaan Di Pasir Puteh

Tambah Yaqin, pemandu lori yang melanggar mangsa dijadikan sebagai suspek kejadian.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk berdamai dan pemandu lori itu bersedia memberikan bantuan perubatan kepada mangsa.

Kisah sedih itu kemudiannya mendapat perhatian warga maya selepas ia tersebar di media sosial, yang dimuat naik oleh akaun Instagram @motionmenebarkebaikan pada Ahad lalu.

Pemilik akaun itu turut mencerikan hal sebenar kejadian.

Diceritakan semula, kanak-kanak itu mahu membantu seekor kucing yang hampir dilanggar oleh lori yang membawa simen.

“Kanak-kanak perempuan itu adalah hero kerana berniat untuk menyelamatkan kucing yang hampir digilis lori.

“Namun perkara yang tidak diingini berlaku, selepas kedua kaki mangsa digilis lori,” tulis kenyataan video tersebut.

Sumber: Tribun News

The post Malang Tak Berbau, Kanak-kanak Perempuan Putus Kaki Digilis Lori Ketika Selamatkan Kucing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*