“Puas Hati, Dapat Sampaikan Mesej, Idea Dan Isi Hati Rakyat” – Mohd Syahir

mohd syahir debat

Mohd Syahir Puas Hati Dapat Sampaikan Mesej, Idea Dan Isi Hati Rakyat Dalam Debat

Penolong Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Mohd Syahir Sulaiman menyatakan rasa puas hati apabila dapat menyampaikan isi hati rakyat dalam Debat Model Baharu Ekonomi bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli malam ini.

Menerusi temu bual Awani, Mohd Syahir berkata debat tersebut memberikan beliau peluang untuk menyuarakan idea yang dimiliki olehnya berkenaan dengan negara.

“Puas hati. Asalnya tak mahu berdebat. Saya dari sekolah tidak suka berdebat, kalau kawan-kawan berdebat saya lari.

“Tapi kali ini ada peluang untuk saya sampaikan mesej, idea dan isi hati rakyat, jadi saya ambil peluang dan saya sampaikan apa yang saya mahu sampaikan.

Apabila ditanya mengenai ketersediaannya mengenai respons yang akan timbul selepas ini, Mohd Syahir berkata dirinya telah bersiap sedia menerima reaksi yang akan diberikan.

“Saya sudah terima, sekarang saya jadi tokoh masyarakat (public figure) tidak ada privasi.

“Anak-anak, keluarga, banyak pengorbanannya, tetapi saya sedia hadapi.

“Saya punya Twitter, yang puji ramai yang kutuk, yang bahan pun ramai itu makanan saya,” ujarnya.

Terdahulu, Rafizi dan Mohd Syahir membicarakan isu ekonomi dan memberikan input baharu mengenai keadaan semasa.

Difahamkan, debat tersebut dianjurkan oleh Rafizi kerana mahu memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat.

BACA: The Amin Idris Show Tawar Jadi Penganjur Debat Muhammad Sanusi Dan Saifuddin Nasution

Mohd Syahir terima pelawaan debat

Mohd Syahir menerima pelawaan itu buat kali ketiga tanpa sebarang syarat.

“Setelah mempertimbangkan semula jemputan YB Menteri Ekonomi, dan setelah mendapat keizinan pucuk pimpinan, maka saya dengan ini menyatakan persetujuan tanpa sebarang syarat,” tulis Mohd Syahir.

Beliau turut mencadangkan pemilihan tajuk ‘Malaysia Lebih Baik’ sebagai tajuk utama sesi perdebatan tersebut.

Sebelum ini, Mohd Syahir dikatakan sedang menunggu jemputan daripada Rafizi dalam sesi debat yang ingin dijalankan.

Memetik Sinar Harian, Ahli Parlimen Bachok itu antara nama yang disebut untuk menggantikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi dalam cabaran debat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut telah menolak jemputan cabaran debat tersebut.

Sumber: Awani

The post “Puas Hati, Dapat Sampaikan Mesej, Idea Dan Isi Hati Rakyat” – Mohd Syahir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*