Malaysia Airlines Umum Kerjasama Dengan Manchester United

malaysia airlines manchester united

Malaysia Airlines Umum Kerjasama Dengan Manchester United

Malaysia Airlines telah mengumumkan kerjasama bersama kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) dan menjadi syarikat penerbangan komersial rasmi untuk kelab tersebut.

Kerjasama itu telah diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Kapten Izham Ismail dalam satu pameran perdagangan industri utama di Kuala Lumpur.

Bagi meraikan pengumuman tersebut, bekas pemain pertahanan United, Patrice Evra dan Wes Brown telah hadir ke acara tersebut.

Kedua-dua pemain telah diterbangkan ke Malaysia dan berkongsi pengalaman mengembara ke seluruh pelosok dunia sebagai seorang pemain dan juga duta kepada kelab tersebut.

Ketika acara tersebut berlangsung, dua legenda United itu telah disoal berkenaan kepentingan kerjasama itu.

“Manchester United memiliki banyak peminat di seluruh dunia dan sokongan padu dari masyarakat Asia tidak pernah mengecewakan.

“Saya teruja kerana dapat berkongsi berkenaan kerjasama yang dilakukan bersama Malaysia Airlines kepada semua penyokong dan memperkenalkan perkhidmatan yang terbaik di dunia kepada mereka.

“Saya dan Wes telah datang ke sini menaiki Malaysia Airlines dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas perjalanan yang selesa. Daripada makanan, tempat duduk yang selesa sehingga perkhidmatan yang ramah, segala-galanya sempurna,” ujar Patrice.

Begitu juga dengan Wes, beliau merasa teruja untuk melihat kelabnya menjalin kerjasama bersama Malaysia Airlines.

“Saya cukup bertuah kerana dapat mewakili Manchester United untuk setiap acara di seluruh dunia.

“Saya telah mengunjung Malaysia beberapa kali dan terpukau dengan layanan baik yang diterima di sini. Malaysia Airlines merupakan representasi tepat terhadap budaya rakyat Malaysia yang ramah,” jelas Wes.

Kerjasama ini bersesuaian dengan sokongan padu rakyat Malaysia kepada Manchester United

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gabungan Dan Kerjasama Manchester United, Victoria Timpson turut berucap dalam majlis tersebut.

“Manchester United telah memiliki hubungan yang akrab dengan Malaysia untuk masa yang lama.

“Kita ada tiga kelab penyokong rasmi dari Malaysia, manakala cawangan Kuala Lumpur merupakan salah satu komuniti penyokong terbesar di dunia yang menggambarkan rasa cinta rakyat Malaysia kepada United,” ujarnya.

Bagi meraikan kerjasama ini, Malaysia Airlines telah menawarkan satu peluang keemasan untuk seorang peminat bertuah.

Peminat bertuah ini bakal menikmati pengalaman hospitaliti yang premium serta memori indah yang tidak dapat dilupakan. Pemenang akan mendapat dua tiket penerbangan kelas bisnes untuk ke mana-mana destinasi yang dipilih pemenang.

Selain itu, pemenang turut berpeluang untuk bermalam di Manchester, mendapat dua baju Manchester United dan dua pas eksklusif untuk melihat sesi latihan pemain-pemain di kelab bola sepak berkenaan.

Bukan itu sahaja, individu bertuah juga mendapat dua tiket hospitaliti untuk menonton perlawanan United di Stadium Old Trafford.

Jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh mendapat maklumat lanjut menerusi pautan ini.

BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sumber: Manchester United, Malaysia Airlines via X

The post Malaysia Airlines Umum Kerjasama Dengan Manchester United appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*