PERKESO Salur RM241,000 Kepada Tiga Penerima Faedah Pencen Penakat

PERKESO Salur RM241,000 Kepada Tiga Penerima Faedah Pencen Penakat

KUALA LUMPUR: Seramai tiga Orang Tanggungan (OT) menerima Faedah Pencen Penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mencecah jumlah  RM241,000 pada Program Mahabbah Ramadan@Social Synergy 2024 di Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, hari ini. 

perkeso pencen penakat

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, bayaran faedah yang disampaikan merangkumi tiga OT yang layak menerima faedah PERKESO hasil perkongsian data dan maklumat penerima asnaf di sekitar kariah  Kampung Pandan oleh Pengurusan Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan  Kuala Lumpur. 

”Penerima faedah ini sebenarnya layak menerima perlindungan PERKESO namun tidak pernah melakukan sebarang permohonan disebabkan beberapa faktor terutamanya  kekurangan kesedaran serta pengetahuan berkenaan dengan skim perlindungan yang  disediakan dan merasakan tidak layak mendapat manfaat PERKESO berikutan telah  menerima bantuan daripada agensi kebajikan yang lain. 

“Justeru, kami berharap agar lebih banyak agensi tampil untuk menjalin kerjasama dan menjadi rakan sinergi, demi meningkatan keberkesanan penyaluran faedah serta  memastikan capaian yang menyeluruh. 

”PERKESO adalah badan berkanun yang diasingkan bagi menyelia aspek perlindungan insuran sosial, tidak timbul isu pertindihan manfaat, seandainya waris sudah memperoleh faedah daripada institusi zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), badan awam, korporat atau swasta yang lain,” kata beliau semasa berucap dalam Program Mahabbah  Ramadan@Social Synergy di sini hari ini. 

PERKESO turut menyantuni seorang lagi OT yang kehilangan suaminya akibat kemalangan jalan raya, hasil kerjasama erat antara PERKESO dan Sekolah Kebangsaan  (SK) Desa Pandan Kuala Lumpur dalam menyalurkan informasi menerusi inisiatif  pengurusan sekolah yang melantik ’Pengawas Skuad Prihatin’ dalam kalangan pelajar  agar bantuan sewajarnya dapat disalurkan oleh PERKESO serta agensi berkaitan dalam  Program Social Synergy dengan lebih tepat dan pantas. 

SK Desa Pandan turut diumumkan sebagai sekolah angkat PERKESO menerusi program social synergy sekali gus menjadi sekolah perintis sebelum diperluas kepada sekolah lain dalam mendidik kepentingan keselamatan sosial bermula di bangku sekolah. 

Dr. Mohammed Azman juga menjelaskan penubuhan Skuad PERKESO Prihatin dan Program Social Synergy adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi keberkesan sistem penyampaian perkhidmatan bagi tujuan penyaluran faedah dengan lebih proaktif dan sistematik hasil makluman daripada lebih 385 rakan strategik Program Social Synergy dan  Sahabat PERKESO Prihatin. 

perkeso pencen penakat

Program Mahabbah Ramadan@Social Synergy yang dianjurkan adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertubuhan ini dalam mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti setempat yang dianjurkan setiap tahun bagi mengeratkan ukhuwah PERKESO dengan para penerima faedah, terutamanya mereka yang telah kehilangan orang tersayang.

Selain tiga penerima faedah yang tercicir serta seorang penerima faedah baharu, 16 penerima faedah sedia ada di kariah berkenaan turut diberikan sumbangan berupa kotak  prihatin dan bantuan tunai hasil kolaborasi PERKESO bersama rakan strategik Bank Muamalat Malaysia Berhad yang menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Prihatin  PERKESO. 

perkeso pencen penakat

Sumbangan tunai juga turut diberikan kepada Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan danSK Desa Pandan Kuala Lumpur bagi mengisi ’gerobok rezeki’ untuk kegunaan asnaf dan golongan fakir miskin di kawasan berkenaan. 

The post PERKESO Salur RM241,000 Kepada Tiga Penerima Faedah Pencen Penakat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*