Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Ramah Di Asia

Negara paling ramah

Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Ramah Di Asia

Malaysia dilapor berada di kedudukan kedua sebagai negara paling ramah di Asia, menurut tinjauan oleh laman web kewangan, Insider Monkey.

Mengumpul sebanyak 2.20 mata, Malaysia turut muncul sebagai negara ke-15 paling ramah di dunia.

Kedudukan baik dalam tinjauan berkenaan didorong oleh penarafan Malaysia di kedudukan ke-16 negara paling mesra imigran.

Selain itu, HSBC turut menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-25 terbaik untuk ekspatriat, menyaksikan 26 juta pelancong datang ke Malaysia pada 2023.

Salah satu faktornya adalah kerana kadar penerimaan visa yang tinggi di negara ini.

Menurut Indeks Pasport 2024, Malaysia adalah negara keempat paling mengalu-alukan dari segi visa semasa ketibaan dan kemasukan kebenaran perjalanan elektronik (eTA) yang ditawarkan kepada pelawat.

Negara UAE di kedudukan pertama

Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul sebagai negara paling ramah di dunia selepas mengumpul markah sebanyak 2.52.

Kedudukan tinggi itu selepas mengambil kira bahawa 88 peratus populasi UAE sebenarnya diisi oleh golongan ekspatriat.

Menurut HSBC, negara itu juga disenaraikan sebagai negara keempat terbaik untuk ekspatriat berhijrah.

Berada di kedudukan ketiga pula adalah negara Vietnam dengan mencatatkan markah sebanyak 1.67.

Industri pelancongan negara itu telah berkembang pesat dan dilaporkan telah menerima lebih 12.6 juta pelancong pada tahun 2023.

Indeks Pasport 2024 juga turut menyenaraikan Vietnam sebagai negara yang paling mengalu-alukan kedatangan warga asing di dunia.

Penarafan itu diberi disebabkan oleh kadar penerimaan visanya yang tinggi.

Cara tinjaun dibuat

Dalam pada itu, Insider Monkey berkata penarafan itu diberi berdasarkan empat sumber artikel berbeza.

Empat sumber yang digunakan adalah Yahoo Finance, Insider Monkey, Penjelajah Ekspatriat HSBC dan Indeks Pasport 2024.

Penarafan yang dibuat oleh Insider Monkey itu adalah dengan menilai kedudukan setiap negara Asia yang berada dalam setiap sumber yang digunakan.

Markah kemudiannya diagregatkan untuk menentukan markah keseluruhan bagi setiap negara.

Insider Monkey ialah sebuah laman web kewangan yang menyediakan data dagangan dan dana lindung nilai.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Insider Monkey

The post Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Ramah Di Asia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*