Manfaat Waktu Cuti & Hujung Minggu, Ini Drama Siri Paling Berbaloi Untuk ‘Binge Watch’ Seharian

Siri Paling Berbaloi Untuk ‘Binge Watch’

Bila terdetik di hati nak layan drama atau movie, masalah yang selalu timbul semestinya tak tahu nak tengok cerita apa kan? Kadang-kadang tu nak dekat sejam pilih drama saja, tapi sampai ke sudah tak jumpa-jumpa. Lagi-lagi kalau yang bersiri, kena pandai pilih sebab kalau tengok yang tak menarik, jadi tak berminat nak maraton sampai episod terakhir kan. 

Sebab itulah min nak kongsikan dengan korang drama bersiri yang paling berbaloi untuk korang maraton ataupun binge watch sampai habis waktu cuti tanpa rasa bosan. Sebelum ni, min nak bahagikan kepada 3 kategori iaitu drama korea, drama Thailand, drama Melayu.

Tiga Siri Paling Berbaloi Untuk ‘Binge Watch’ Seharian Waktu Cuti Atau Hujung Minggu 

Kalau bercerita tentang drama atau siri, sudah pastinya platform penstriman Viu lah yang akan jadi pilihan. Sebabnya semua drama dan siri dalam Viu mempunyai jalan penceritaan dan plot yang sangat menarik. Tak sempat nak rasa bosan, dah ada konflik baru. Tak kisah la drama Melayu ke, Thailand ataupun Korea, semuanya best tau.

Okay kalau korang jenis nak layan drama Korea, korang boleh layan siri My Perfect Strangers. Siri ni tentang seorang lelaki yang terperangkap dalam mesin masa untuk menjejaki kebenaran kes pembunuh bersiri. 

Untuk drama Thailand pula, yang paling popular sekarang adalah Royal Doctor yang mengisahkan tentang satu pasangan di dalam pengembaraan masa dan berkongsi pengetahuan perubatan di antara dua zaman. Pelbagai konflik menarik dan mendebarkan yang berlaku di sepanjang siri ini. Kalau korang nak tahu kena la tengok dulu episod satu, mesti sampai ke episod last korang layan.

Tapi, kalau korang masih setia dengan drama Melayu, inilah satu-satunya siri yang lain daripada lain. Siri ini bukannya kisah cintan-cintun, bukan kisah anak orang kaya urus syarikat dan bukan kisah kebiasaannya ditayangkan. Siri yang dimaksudkan adalah Alter-Naratif yang mengisahkan syarikat Electric Dust Agency yang memperkenalkan teknologi memadam dan menggantikan memori manusia. Menarik bukan?

Alter-Naratif, teknologi padam memori pahit manusa

Mesti tak pernah terfikir akan ada teknologi yang sebegitu canggih. Bila kita trauma atau tidak mahu ingat tentang sesuatu, kita boleh memadam dan menukar memori tersebut. Walau bagaimanapun pastinya akan ada risiko buruk di sebalik beberapa manfaatnya.

Min cuba tengok episod pertama sebelum ni, terus jadi berminat nak habiskan semua episod. Jadi min pun tunggu lah setiap Khamis sebab akan keluar dua episod seminggu. Tapi sekarang ni korang dah tak perlu tunggu setiap minggu untuk tahu apa yang akan jadi seterusnya. 

Binge Watch Semua Episod Alter-Naratif Seharian

Betul, sekarang korang dah boleh menonton secara berterusan semua episod dalam masa sehari melalui platform penstriman Viu. Ini kerana semua episod siri Alter-Naratif dah tersedia untuk tontonan korang. Lagi best, boleh layan tanpa sebarang iklan tau, jadi tak perlulah menunggu habis iklan baru nak sambung siri. Tapi syaratnya korang kena langgan dulu Viu untuk menikmati kelebihan ini. 

Alter-Naratif merupakan sebuah siri yang diarahkan oleh Faizal Ishak dan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Nabila Huda, Liyana Jasmay, Neera Azizi, Gambit Saifullah, Adlin Aman Ramlie dan Rahim Omar. Siri ini mempunyai 8 episod keseluruhannya tapi setiap episod pasti tidak akan membazirkan masa korang.

Jadi tunggu apa lagi, baik korang langgan Viu sekarang dan maraton cerita Alter-Naratif ni pada waktu cuti nanti. Untuk maklumat lanjut seperti trailer, korang boleh klik Pautan Ini.

The post Manfaat Waktu Cuti & Hujung Minggu, Ini Drama Siri Paling Berbaloi Untuk ‘Binge Watch’ Seharian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*