Mata Pelancong Cedera Kena Botol Dilempar Cimpanzi 

Mata Pelancong Cedera Kena Botol Dilempar Cimpanzi 

Seorang gadis terkejut selepas seekor cimpanzi membaling botol ke arahnya ketika dia cuba merakam video haiwan itu dengan telefonnya, lapor Metro UK.

Rakaman menunjukkan cimpanzi tersebut berada di dalam kandangnya di Zoo Nanning di China sebelum bertindak ganas dengan melompat dan membaling botol itu.

Ibu kepada gadis itu berkata, dia sedang menikmati lawatan ke zoo sebelum botol air mineral yang dibaling oleh cimpanzi itu menyebabkan kecederaan pada mata anak perempuannya.

Gambar: AsiaWire

Mata gadis yang tidak diketahui umurnya itu dikatakan hanya mengalami kecederaan kecil selepas ia mula berdarah akibat pukulan itu.

Zoo Nanning memberitahu kepada media tempatan bahawa mereka sedang menyiasat kes tersebut dan tidak boleh mengulas sebelum laporan selesai.

Insiden tersebut telah mencetuskan perdebatan yang hangat dalam kalangan peminat cimpanzi lain dengan sebahagian daripada mereka menuduh pelancong menyeksa haiwan berkenaan.

Namun begitu, ada yang menyatakan kebimbangan mereka dengan mendakwa cimpanzi tersebut boleh memberi ancaman kepada manusia dan meminta ia dikurung.

Memetik Metro UK, ia berlaku hanya beberapa minggu selepas satu lagi insiden dengan seekor cimpanzi di zoo yang sama.

Ketika seorang wanita sedang berdiri di luar pagar keselamatan, haiwan berkenaan telah melempar lumpur ke arahnya tetapi sasarannya tidak kena dan bertindak untuk menyerang pengunjung yang lain.

Menurut media tempatan, wanita yang bernama Ms Tan mengatakan bahawa cimpanzi itu seolah-olah mengikutnya di sekeliling kandang tidak kira ke mana dia pergi.

Akhirnya, dia berjaya bersembunyi di belakang dinding dan mula mengambil swafoto bersama haiwan berkenaan, namun terpaksa bersembunyi di bawah dinding kerana dia hampir dipukul.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada kedua-dua kejadian ini berpunca daripada beruk yang sama.

Sumber: Metro UK

The post Mata Pelancong Cedera Kena Botol Dilempar Cimpanzi  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*