Berhabis Lebih RM59k, Wanita Lulus Ujian Memandu Lepas 960 Kali

ujian memandu 960 kali

Berhabis Lebih RM59k, Wanita Lulus Ujian Memandu Lepas 960 Kali

SEOUL — Tiada yang mustahil, itulah yang dapat digambarkan selepas seorang wanita, Cha Sa-soon akhirnya memperolehi lesen memandu pada percubaan kali ke-960.

Memetik Daily Mail UK,  Cha Sa-soon telah membelanjakan lebih RM59,000 (£11,000) untuk mendapatkan lesen itu dan terpaksa menunggu hampir 15 tahun.

Kisah wanita dari Korea Selatan itu dikongsikan semula susulan kesungguhannya yang tidak mengenal erti putus asa dalam memiliki lesen memandu sendiri.

Cha Sa-soon Mula Menduduki Ujian Memandu

Pada April 2005, wanita itu pertama kali menduduki ujian bertulis. Bagaimanapun, Cha Sa-soon gagal dalam ujian tersebut. Sejak dari itu, dia mula menduduki peperiksaan itu setiap hari (lima hari setiap minggu).

Perkara itu dilakukan olehnya selama tiga tahun. Bagaimanapun, dia mula mengurangkan jumlah tersebut kepada dua kali seminggu dan berjaya lulus pada kali ke-860 bagi ujian bertulis.

960 Ujian Memandu Wanita Lulus
Gambar: AsianCultureUnlocked/YouTube

Semangat juang wanita itu tidak berhenti di situ sahaja apabila dia perlu mengambil ujian amali sebanyak 10 kali. Dia berjaya lulus ujian memandu itu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan peperiksaan yang dilalui wanita itu adalah sebanyak 960 kali.

BACA JUGA: Selepas Gagal Sebanyak 157 Kali, Lelaki ini Akhirnya Lulus Ujian Teori Pemanduan

Disebabkan perlu memandu untuk menjalankan perniagaan sayur-sayuran, ia merupakan pembakar semangat utama Cha Sa-soon untuk terus berusaha sehingga berjaya.

Menurut tenaga pengajar akademi memandu Jeonbuk, beban di belakang wanita itu akhirnya “hilang” selepas lulus.

“Selepas dia berjaya mendapatkan lesennya, kami semua keluar bersorak dan memeluknya serta memberikan bunga. Sejak awal, kami tak sampai hati untuk menyuruhnya berhenti daripada mengambil ujian,” katanya.

Dihadiahkan Sebuah Kereta Baharu

960 Ujian Memandu Wanita Lulus
Gambar: AsianCultureUnlocked/YouTube

Kejayaan wanita itu mendapat perhatian ramai termasuk pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai. Bagi menghargai kejayaan dan usahanya yang tidak pernah pudar, Hyundai telah menghadiahkan sebuah kereta bernilai lebih RM63,000 (£11,640).

Dalam pada itu, sesetengah pengguna media sosial meluahkan rasa simpati terhadap wanita terbabit. Hal ini kerana segelintir beranggapan dia tidak mendapat bantuan dan persediaan yang cukup untuk menduduki ujian itu.

Sumber: Daily Mail UK

The post Berhabis Lebih RM59k, Wanita Lulus Ujian Memandu Lepas 960 Kali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*