Matahari Searah Kiblat, Umat Islam Selangor Berpeluang Semak Semula Arah Kiblat Jam 3.08 Petang Ini

semak arah kiblat

Matahari Searah Kiblat, Umat Islam Selangor Berpeluang Semak Semula Arah Kiblat Jam 3.08 Petang Ini

Pada petang ini, umat Islam akan berpeluang untuk menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan kedudukan matahari yang searah dengan kiblat.

Memetik Sinar Harian, Jabatan Mufti Negeri Selangor pada hari ini memaklumkan berkenaan fenomena berkenaan yang dijangka berlaku pada jaln 3.08 petang ini.

“Antara tatacara manfaatkan (semakan) kiblat menggunakan kaedah ini termasuk memastikan waktu yang tepat berdasarkan waktu piawai Malaysia.

“Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain atau benang yang diikat batu pemberat (ladung),” kata jabatan itu menerusi laman Facebooknya pada Jumaat.

Guna objek yang tegak

Menurut kenyataan itu lagi, bayang yang terhasil daripada objek berkenaan akan menentukan arah kiblat dan ia juga perlu ditanda sebagai rujukan utama.

Kredit Jabatan Mufti Negeri Selangor

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

“Insya-Allah arah kiblat adalah bermula dari arah jatuhnya bayang tiang ke arah tiang dalam keadaan menghadap matahari.

“Tandakan garis bayang yang terhasil sebagai arah kiblat,” kata kenyataan.

Apa Status Solat Orang Yang Dinaiki Kucing Ketika Solat? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Tular baru-baru ini berkenaan sebuah video yang memaparkan seekor kucing yang memanjat badan seorang imam ketika sedang mengetuai solat tarawih.

Kejadian tersebut didakwa berlaku ketika seorang imam sedang mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah masjid di salah sebuah negeri Algeria, Bourg Bou Arreridj.

Rakaman video menunjukkan kucing tersebut telah memanjat badan imam tersebut. Kemudian imam dilihat tenang membelai kucing berkenaan sambil meneruskan bacaannya ketika mengimamkan solat tersebut.

Rentetan daripada penyebaran video tersebut, persoalan daripada netizen mula timbul berkenaan status solat tersebut.

Adakah solat tersebut sah?

Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan berkenaan, mari kita ikuti perkongsian daripada Dr Zulkfili berkenaan status solat imam tersebut.

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t. Baru-baru telah tular seorang Imam yang sedang mendirikan solat, telah didatangi oleh seekor kucing, lalu kucing tersebut telah melompat ke badannya sehingga ke bahunya, dan kucing itu meletakkan mulutnya (menjilat) pada pipi Imam tersebut. Soalan saya, adakah sah solat orang tersebut? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mengambil maklum akan kejadian yang tular baru-baru ini, di mana terdapat rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang Imam ketika mendirikan solat tarawih. Difahamkan, kejadian berlaku ketika Imam Walid Mehsas mengimamkan solat tarawih di Bordj Bou Arreridj, Algeria. Dalam rakaman, kelihatan Imam Walid tenang meneruskan bacaan meskipun kucing berkenaan memanjat dan cuba duduk di bahunya.[1]

Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa solat seseorang yang mana kucing melompat atau memanjat ke atas badannya adalah tidak terbatal dan masih lagi dikira sah. Apatah lagi kucing termasuk dalam haiwan yang dianggap suci kerana ia merupakan haiwan peliharaan dan sukar untuk dikawal serta sangat jinak dengan manusia.

Begitu juga dengan air liurnya adalah dianggap suci selagi mana tidak diketahui ia ada memakan atau meminum benda-benda bernajis sebelumnya. Adapun berkenaan bulunya pula, jika terkena pada pakaian, ia dimaafkan disebabkan oleh kesukaran untuk mengawalnya dan jumlah bulu yang tercabut yang kebiasaannya sedikit.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Sumber: Sinar Harian

The post Matahari Searah Kiblat, Umat Islam Selangor Berpeluang Semak Semula Arah Kiblat Jam 3.08 Petang Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*