Mati Hidup Semula, Ambulans Terlanggar Lubang ‘Hidupkan Mayat’

Mati Hidup Semula, Ambulans Terlanggar Lubang ‘Hidupkan Mayat’

Seorang warga emas di India yang disahkan sudah meninggal dunia ketika dirawat di hospital akhirnya ‘hidup semula’ setelah ambulans dinaikinya terlanggar lubang.

Difahamkan segalanya bermula apabila Darshan Singh Brar, 80, dirawat di sebuah hospital di Patiala kerana mengalami masalah kesihatan yang teruk.

Menurut cucunya, Balwan Singh, Darshan terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan untuk bernafas selama empat hari dirawat.

Sehinggalah pada pagi Khamis (hari kejadian), doktor mengesahkan bahawa jantung Darshan telah berhenti berdegup, sebelum alat bantuan pernafasan ditanggalkan dan diisytihar meninggal dunia.

“Abang saya di Patiala telah beritahu kami kira-kira pada jam 9 pagi hari Khamis mengenai kematian datuk kami dan dia sedang dalam perjalanan untuk membawanya ke Nising (kira-kira 100 kilometer dari Patiala) dalam ambulans untuk upacara terakhir buat datuk.

“Kami telah beritahu ahli keluarga yang lain dan penduduk tempatan yang mengenali datuk saya. Mereka semua sudah berkumpul untuk berkabung. Khemah dan juga makanan telah disediakan untuk mereka dan kami juga sudah mengumpulkan kayu untuk pembakaran mayat,” kata Balwan Singh.

Lubang Di Jalan Membantu

Jelasnya lagi, ambulans yang dinaiki oleh abangnya untuk membawa mayat datuknya pulang ke Nising, telah terlanggar sebuah lubang dengan kuat ketika dalam perjalanan.

Abangnya nampak mayat datuknya yang kaku tadi tiba-tiba mula menggerakkan tangannya, sebelum dia tekad memeriksa kembali degupan jantung warga emas itu dan membawanya ke hospital berdekatan untuk pengesahan klinikal.

Menurut sumber ahli keluarga, doktor di Hospital Rawal (tempat mereka singgah) mengesahkan bahawa datuk mereka masih hidup. Darshan yang sebelumnya ‘mati’ kini dirujuk ke hospital di Nising di Karnal untuk rawatan semula.

“Ia adalah satu keajaiban. Kami berharap atuk akan sembuh dengan cepat. Mereka yang datang untuk berkabung telah ucapkan tahniah kepada kami dan kami meminta mereka untuk mengambil makanan yang telah disediakan,”

“Ia dengan rahmat Tuhan yang memberikan peluang untuk atuk kami terus bernafas dan kami berharap dengan akan segera sembuh,” kata Balwan Singh.

Menurut Dr Netrapal dari Hospital Rawal, “Kami tidak dapat mengatakan bahawa pesakit itu telah mati. Bila dia telah dibawa ke kami, dia masih bernafas dan mempunyai tekanan darah serta degupan jantung.

“Kami tidak pasti apa yang telah berlaku di hospital yang sebelumnya sama ada terdapat kesalahan teknikal ataupun sesuatu yang lain.

“Keluarganya berkata dia memerlukan bantuan ventilator selama empat hari, tetapi kini dia boleh bernafas tanpa bantuan. Keadaannya masih kritikal dan dia berada di dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Dia sukar bernafas kerana terdapat jangkitan di dadanya,” tambah doktor itu lagi.

Sumber: NDTV

BACA JUGA: Lelaki Rogol Khinzir Bunting

The post Mati Hidup Semula, Ambulans Terlanggar Lubang ‘Hidupkan Mayat’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*