Maxim Kongsi Beberapa Tip Elakkan Skim Penipuan E-hailing

Skim Penipuan E-hailing

Industri E-hailing tidak asing lagi, dengan pelbagai kemudahan pengangkutan penghantaran, lori dan beberapa lagi. Perkhidmatan ini sudah menjadi keperluan di mana-mana, terutama sekali pengangkutan. E-hailing juga salah satu industri yang terlibat dengan skim penipuan oleh beberapa pemandu, dengan pelbagai kaedah digunakan bagi menjayakannya. Dengan ini, Maxim E-hailing mengambil langkah untuk berkongsi beberapa tip yang boleh dijadikan panduan agar tidak terjebak dalam penipuan ini.

Langkah pertama yang perlu diambil berat ialah, mengenal pasti tempahan yang dibuat. Setelah membuat tempahan, Maxim mencadangkan penumpang untuk meneliti beberapa aspek penting iaitu alamat, maklumat pemandu, maklumat kenderaan serta harga yang tertera. 

Langkah kedua ialah, mengenal pasti lokasi kenderaan. Semasa membuat tempahan kenderaan, pihak syarikat akan berkongsi peta perjalanan di paparan skrin. Dengan ini, pengguna boleh melihat tempahan kenderaan, sama ada ia berada di laluan yang betul atau tidak.

Langkah ketiga, memanfaatkan ruangan mesej yang disediakan di aplikasi. Pengguna boleh berhubung secara langsung dengan pemandu melalui panggilan dan mesej di aplikasi dan elak menggunakan aplikasi peribadi seperti Whatsapps.

Langkah keempat, semasa dalam perjalanan bersama pemandu. Tidak digalakkan untuk berkongsi terlalu banyak maklumat, terutamanya maklumat peribadi seperti pekerjaan, nombor telefon, alamat rumah, atau status hubungan. 

Langkah terakhir ialah mengenal pasti harga perjalanan. Seperti sedia maklum, harga perjalanan akan muncul semasa membuat tempahan dan penumpang haruslah memastikan jumlah yang dibayar sama seperti di aplikasi.

“Pihak Maxim mengambil berat mengenai tempahan yang telah dibuat. Aplikasi Maxim menyediakan satu ruang maklum balas untuk pengguna yang ingin berkongsi pengalaman dan sekiranya berlaku apa-apa masalah pihak khidmat pelanggan akan menghubungi terus pelanggan. Saya percaya ini dapat membantu pengguna untuk menyelesaikan masalah,” Dayana Qistina, MY sokongan pengguna.

“Sepanjang pengalaman saya menggunakan e-hailing, tidak pernah lagi saya terkena dengan pemandu yang menipu. Ini kerana saya mengambil berat mengenai maklumat yang dikongsi oleh Maxim semasa tempahan dan saya akan terus menghubungi pemandu di ruang mesej,” Shawzwana, pennguna Maxim E-hailing.

Maxim juga memantau kes seperti ini dan menawarkan bayaran balik wang jika situasi ini berlaku kepada pengguna. Di bawah ialah langkah bagaimana untuk berkongsi maklum balas.

  1. Selepas pesanan selesai, terdapat satu bahagian maklum balas yang membolehkan pengguna berkongsi sebarang pengalaman dengan kami.
  2. Tuliskan situasi anda di bahagian maklum balas
  3. Khidmat Pelanggan kami akan menghubungi terus dan dengan senang hati akan membantu

Jumlah penuh wang akan dikembalikan jika mana-mana pengguna Maxim terlibat dalam penipuan dari rakan-pemandu kami.

Sehubungan itu, pihak Maxim E-hailing berharap agar skim penipuan ini dapat dikurangkan. Bersama-sama atasi skim penipuan ini. 

The post Maxim Kongsi Beberapa Tip Elakkan Skim Penipuan E-hailing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*