“Persiapan Merdeka Di New York” Wanita Kongsi Suami Mat Saleh Semangat Pasang Bendera Malaysia

pasang bendera new york

“Persiapan Merdeka Di New York” Wanita Kongsi Suami Mat Saleh Semangat Pasang Bendera Malaysia

Kurang 48 jam negara kita bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66. Bertemakan Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini dijadualkan akan disambut meriah di Putrajaya.

Ramai peserta yang terlibat dalam perarakan sambutan hari kemerdekaan dilihat berkongsi persiapan mereka di media sosial.

Selain itu, kebanyakan premis-premis juga pada waktu ini sudah dipenuhi dengan pelbagai hiasan bendera yang menunjukkan kemeriahan sambutan tahunan tersebut.

Tidak terlepas, ada juga dikalangan rakyat Malaysia yang bersemangat telah menggantung Jalur Gemilang sejak awal bulan ini lagi.

Semangat untuk menyambut Hari Kebangsaan bukan sahaja dirasai dan diraikan di dalam negara, malah ia juga turut diraikan oleh mereka yang berada di perantauan.

Rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik di luar negara juga tidak ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang bagi meraikan kemerdekaan negara tercinta biarpun jauh beribu batu.

Semangat kemerdekaan tersebut dapat dilihat menerusi satu video perkongsian pengguna TikTok yang bernama @mommylina.usa ini.

Beliau yang kini berada di New York, Amerika Syarikat tidak mahu ketinggalan untuk merasai kehangatan ambang Merdeka pada 31 Ogos ini.

Video perkongsian tersebut menunjukkan suami mat salehnya sedang menggantung bendera Malaysia di hadapan rumah mereka.

Kredit TikTok

Persiapan Hari Merdeka di Jamestown, New York,” tulis kapsyen video muat naik tersebut. 

Sempat angkat tangan menunjukkan semangat merdeka

Selesai menggantung bendera tersebut, suami wanita itu dilihat mengangkat tangan kanannya seperti sedang melaungkan Merdeka.

Mengangkat tangan kanan sambil melaungkan Merdeka merupakan satu aksi yang bersejarah bagi kemerdekaan negara Malaysia.

Kredit TikTok

Aksi tersebut pertama kali dipertontonkan kepada rakyat Malaysia adalah semasa laungan kemerdekaan pertama yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman.

Muat naik video itu turut diiringi oleh lagu popular Tanggal 31 Ogos nyanyian penyanyi legenda Sudirman Haji Arshad.

Sehingga kini, perkongsian itu telah ditonton melebihi 80,000 tontonan pengguna media sosial tersebut.

Video itu turut menerima komen reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial berkenaan.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Semangat demi negara, terima kasih kibarkan bendera negara. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan,” tulis seorang netizen yang memuji.

“Terharu dengan semangat suami mommy (mommy merujuk gelaran pemilik akaun). Selamat Hari Kemerdekaan ke-66 Mommy and family di US,” tulis seorang lagi netizen.

Steady, semangat ini yang kita mahukan,” tulis seorang lagi yang memuji semangat lelaki itu.

@mommylina.usa

Merdeka Day preparation in Jamestown, New York ♥🇲🇾 #semangatpatriotik #merdeka #harikebangsaan2023 #tanggal31 #malaysiamadanitekadperpaduan #malaysiamadani #tekadperpaduan #merdekamerdekamerdeka #malaysiaboleh #fypmalaysia #fyp #masukberanda

♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

Sumber: TikTok/@mommylina.usa

The post “Persiapan Merdeka Di New York” Wanita Kongsi Suami Mat Saleh Semangat Pasang Bendera Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*