Mayat lelaki ditemui dalam keadaan kembung, membengkak

TAWAU – Mayat seorang lelaki dalam keadaan kembung serta membengkak ditemui di kawasan semak berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Batu 5 hari ini.

Mayat dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak polis.

Beberapa keping gambar turut tular di media sosial memaparkan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan kembung terbaring di kawasan semak.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan sedang dijalankan dan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki ditemui dalam keadaan kembung, membengkak appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*