Mayat Pendaki Gunung Hilang Sejak 1986 Akhirnya Ditemui

Mayat pendaki sejak 1986 ditemui

Mayat Pendaki Gunung Hilang Sejak 1986 Akhirnya Ditemui

Mayat pendaki gunung dari Jerman yang hilang ketika menyeberangi glasier berhampiran gunung Matterhorn hampir 40 tahun lalu telah ditemui terkubur dalam ais yang mencair, lapor The Guardian.

Mayat itu telah ditemui oleh dua pendaki pada 12 Julai lalu ketika mendaki di sepanjang Glasier Theodul di Zermatt, selatan Switzerland, kata Polis pada Khamis lalu.

Pencairan glasier itu telah menyebabkan but dan crampon mayat pendaki tersebut ditemui semula. Mayat itu kemudiannya dikenal pasti sebagai pendaki dari Jerman yang hilang itu.

Polis dari Valais Canton berkata dalam satu kenyataan: “Analisis DNA membolehkan pengecaman seorang pendaki gunung yang telah hilang sejak 1986.

“Pada September 1986, seorang pendaki Jerman yang berusia 38 tahun pada masa itu telah dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari pendakian.”

Bagaimanapun, polis tidak memberikan maklumat tambahan mengenai identiti pendaki atau punca kematiannya.

Mereka hanya menerbitkan gambar tapak penemuan yang menunjukkan but mendaki dengan tali merah melekat di salji.

Mayat yang ditemui dikaitkan dengan kehilangan pendaki pada 1986

Analisis forensik telah dijalankan ke atas mayat di hospital Valais dan pakar mengaitkan penemuan itu dengan kehilangan pendaki pada 1986 lalu, kata Polis.

Menurut beberapa anggaran, sekurang-kurangnya 300 orang telah hilang di Alps pada hampir satu abad lalu. Mayat beberapa orang yang hilang telah ditemui ketika glasier mencair akibat krisis iklim.

Sembilan tahun lalu, mayat dua askar Austria yang terkorban semasa perang dunia pertama ditemui di Pergunungan Alps Itali berhampiran bandar peranginan ski kecil di Peio.

BACA: Kehilangan Jutawan Kripto Terjawab, Ditemui Mati & Mayat Dikerat

Selain itu, pada tahun lalu pakar telah merekodkan kadar pencairan terburuk pada glasier di Switzerland sejak lebih seabad lalu. Glasier kehilangan 6% daripada jumlah bakinya, hampir dua kali ganda daripada rekod sebelumnya pada tahun 2023.

Glasier Switzerland kehilangan separuh daripada jumlahnya antara 1931 dan 2016. Antara 2016 dan 2021, cairan glasier semakin meningkat dan mencecah sebanyak 12%, menurut satu kajian yang diterbitkan pada 2022.

Tahun lepas dianggap tahun yang luar biasa mengikut piawaian tersebut kerana musim sejuk dengan salji rendah diikuti oleh deposit pasir bawaan udara di atas ais dan salji membantu mempercepatkan lagi pencairan tersebut.

Sumber: The Guardian

The post Mayat Pendaki Gunung Hilang Sejak 1986 Akhirnya Ditemui appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*