T20 Didakwa Hantar Anak Ke MRSM Untuk Belajar Erti Hidup Susah

T20 hantar anak ke MRSM

T20 Didakwa Hantar Anak Ke MRSM Untuk Belajar Erti Hidup Susah

Ibu bapa golongan berpendapatan tinggi (T20) didakwa menghantar anak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana ingin mengajar tentang erti kesusahan hidup.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof dalam program Wacana Sinar bertajuk ‘MRSM Untuk B40 Sahaja’.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan dua lagi panelis lain.

Mereka ialah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan bekas guru MRSM, Nur Aziera Mohd Ramli.

Menurut Mohd Fadzil, ramai ibu bapa golongan T20 melihat institusi pendidikan itu sebagai tempat yang sesuai untuk anak-anak mereka bergaul.

Lebih-lebih lagi dengan para pelajar yang hadir daripada latar belakang yang berbeza.

Tempat terbaik untuk berkawan dengan golongan B40

“Di sekolah swasta, kos pembelajaran sampai RM3,000 sebulan.

“Kalau mereka (ibu bapa T20) mampu untuk hantar anak ke sekolah swasta, kenapa mahu berebut masukan ke MRSM?

“Saya tertanya-tanya kenapa golongan (T20) itu nak hantar anak-anak ke MRSM, dan jawapan yang diterima mengejutkan saya iaitu nak ajar anak untuk hidup susah.

“MRSM kononnya menjadi tempat terbaik untuk anak mereka berkawan dengan golongan B40,” katanya dalam wacana tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Fadzil turut mencadangkan agar golongan T20 ini membayar kos pembelajaran di MRSM berbanding menubuhkan sekolah swasta lain di bawah Mara.

Menurutnya, sekiranya ingin memulakan perniagaan seperti itu, banyak proses yang perlu dilalui.

Malah, sekolah swasta itu juga berkemungkinan tidak akan dinamakan sebagai MRSM.

“Kita ada had dan kekangan tertentu yang membataskan corak perniagaan yang macam mana.

“Kita boleh melaksanakan kemasukan berbayar, berbeza dengan sekolah berbayar,” ujarnya.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Sinar Harian

The post T20 Didakwa Hantar Anak Ke MRSM Untuk Belajar Erti Hidup Susah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*