Mbappe Tak Nak Bincang Dengan Al-Hilal Walau Ditawar Gaji RM 1bilion

mbappe bincang al-hilal

Mbappe Tak Nak Bincang Dengan Al-Hilal Walau Ditawar Gaji RM 1bilion

Teka-teki mengenai halatuju pemain paling sensasi, Kylian Mbappe terus jadi tanda tanya. Terbaharu, beliau menolak untuk berbincang dengan delegasi kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal yang terbang ke Paris.

Menurut tweet dari Fabrizio Romano, Mbappe tiada niat nak berbincang dengan kelab Arab Saudi tersebut walaupun ditawarkan gaji lumayan mencecah £171 juta (RM1 bilion) dan seratus peratus hak imej.

PSG masih yakin bahawa Mbappe setuju dengan terma yang ditawarkan oleh Real Madrid sebelum ini.

Al- Hilal nampak serius untuk mendapatkan khidmat pemain dari Perancis itu selepas menghantar bidaan rasmi €300 juta (RM1.5 bilion) dan bakal menjadikan Mbappe pemain termahal dunia.

Al-Hilal menawarkan Mbappe kontrak hanya setahun dan selepas itu Mbappe boleh pergi kemana-mana kelab yang dia mahu. Sehingga ke hari ini masih tiada kemaskini terbaru dari pihak Real Madrid.

PSG terdesak ingin menjual Mbappe pada musim panas ini memandangkan pemenang kasut emas Piala Dunia 2022 itu tak mahu menyambung kontrak bersama PSG. PSG bakal berputih mata melepaskan Mbappe secara percuma pada perpindahan musim panas seterusnya jika tidak menjualnya sekarang.

Kylian Mbappe memulakan karier professionalnya bersama kelab AS Monaco dan kelab itu telah menggilap Mbappe sehingga menjadi perhatian dan dibeli oleh PSG. Setakat ini, beliau sudah menjaringkan lebih 150 gol bersama PSG dan menjadi pemain paling berpengaruh serta menerima gaji tertinggi.

Sumber: Fabrizio Romano

BACA: Kisah Fabrizio Romano

The post Mbappe Tak Nak Bincang Dengan Al-Hilal Walau Ditawar Gaji RM 1bilion appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*