Dilarang Berlabuh Kerana Badan Kapal Berkulat, Ratusan Penumpang Kapal Persiaran Terkandas Tengah Laut

Ratusan penumpang terkandas tengah laut

Dilarang Berlabuh Kerana Badan Kapal Berkulat, Ratusan Penumpang Kapal Persiaran Terkandas Tengah Laut

Ratusan penumpang sebuah kapal persiaran dilaporkan terkandas selama tujuh hari selepas beberapa pelabuhan tidak membenarkan kapal itu untuk berlabuh kerana wujud sejenis fungus di badan kapal berkenaan.

Kapal Viking Orion dilaporkan tidak cuba berlabuh di beberapa pelabuhan sejak ia berlepas dari Wellington di New Zealand pada Boxing Day (26 Disember) menurut laman web penjejakan kapal VesselFinder.com.

Kapal itu telah dinafikan kebenaran untuk berlabuh membersihkan badan kapalnya di Christchurch, Dunedin dan Hobart sebelum menuju ke Adelaide.

Sewaktu ia tiba di sana, Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan Australia telah menetapkan bahawa kapal itu mempunyai sejumlah kecil biofoul-mikroorganisma marin, tumbuhan, alga atau haiwan kecil pada badan kapalnya.

Pihak berkuasa kemudiannya mengarahkan ejen Viking Orion supaya membersihkan badan kapalnya terlebih dahulu sebelum memasuki perairan Australia.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Kapal itu dikehendaki menjalani pembersihan badan kapal untuk membuang biofoul dan menghalang organisma marin yang berpotensi berbahaya diangkut oleh kapal itu,” kata Jabatan Perikanan Australia pada hari Ahad.

“Penyelam profesional telah terlibat secara langsung oleh barisan ejen kapal bagi membersihkan badan kapal semasa berlabuh di luar perairan Australia,” kata Jabatan Perikanan itu lagi.

Pada hari Jumaat, nakhoda kapal Marko Snajdar turut mengeluarkan kenyataan maafnya kepada semua penumpang. Dia mengakui keadaan itu dan berkata sejurus selepas mereka tiba pampasan akan diberi kepada semua penumpang.

“Seorang ahli pasukan perhubungan pelanggan kami akan menghubungi anda dengan tawaran pempasan yang diselaraskan,” kata Marko Snajdar.

Selain itu, wakil dari Viking Cruises berkata bahawa kapal itu akan berlayar ke Melbourne pada hari Ahad dan bergerak mengikut jadual perjalanannya seperti yang dirancang.

Menurut wakil kapal persiaran itu, pertumbuhan marin sedang dibersihkan daripada badan kapal dan mereka akan menghubungi penumpang yang berada dalam jadual perjalanan untuk memberikan pampasan.

Sumber: Wion News

The post Dilarang Berlabuh Kerana Badan Kapal Berkulat, Ratusan Penumpang Kapal Persiaran Terkandas Tengah Laut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*