MBSJ Keluaran Amaran Paras Air Pada Tahap Bahaya Di IOI Mall Puchong

mbsj amaran paras air bahaya ioi puchong

MBSJ Keluaran Amaran Paras Air Pada Tahap Bahaya Di IOI Mall Puchong

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melalui Sistem Amaran Paras Air MBSJ telah mengeluarkan amaran tahap tiga (bahaya) di kawasan berdekatan IOI Mall Puchong, sebentar tadi.

Pengumuman berkenaan amaran paras air itu dibuat menerusi akaun rasmi MBSJ di laman X (@SJCityCouncil) pada 4.14 petang.

Dalam hantaran tersebut, pihak berkenaan telah menunjukkan notis berkenaan tahap-tahap amaran awal paras air di parit, longkang utama dan sungai yang berada di pesekitaran Subang Jaya.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan MBSJ, kawasan di sekitar IOI Mall Puchong, amaran berada pada tahap ketiga iaitu Bahaya.

Ha ini bermaksud, paras air parit utama (monsoon drain) atau sungai yang berada bedekatan dengan kawasan berkenaan telah mencapai tahap sepenuhnya.

“Sekiranya hujan berterusan boleh menyebabkan banjir kilat ataupun banjir,” tulis kenyataan itu lagi.

Dalam ciapan yang sama, pihak MBSJ juga meminta semua agensi berkaitan pengurusan bencana untuk bersiap siaga dengan sebarang operasi.

“Semua agensi terlibat pengurusan bencana diminta bersedia auntuk pelaksanaan Operasi Bantuan Bencana di bawah bidang kuasa masing-masing,” kata MBSJ.

Selain itu, pengguna jalan raya yang mahu menggunakan jalan ini diminta untuk merancang semula perjalanan dan mengelak melalui lokasi itu.

Orang ramai juga dinasihati untuk mencari dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kenderaan yang dinaiki berdepan dengan risiko banjir.

Pada akhir kenyataan, MBSJ meminta semua penduduk yang menetap di kawasan sekitar untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Semua penduduk berdekatan diminta supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan.”

Jika terdapat sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi Unit Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya pada talian 03 8024 7700.

IOI Mall Puchong pernah dilanda banjir sebelum ini

Menurut laporan Sinar Harian, pengunjung IOI Mall Puchong berdepan detik cemas selepas pusat beli-belah itu ditenggelami banjir pada dua minggu lepas.

Manakala, puluhan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir dilaporkan turut terjejas susulan air naik hampir 0.5 meter.

Unit Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mengeluarkan notis  amaran tahap tiga atau bahaya di kawasan IOI Puchong sekitar jam 6.45 petang.

Pihak tersebut telah meminta semua agensi terlibat untuk membuat persediaan bantuan, berdasarkan notis yang dikeluarkan.

BACA: Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak

Sumber: MBSJ via X

The post MBSJ Keluaran Amaran Paras Air Pada Tahap Bahaya Di IOI Mall Puchong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*