SEREMBAN, 22 Mac (Bernama) — Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Sin di Batu Kikir dekat sini, mencipta sejarah tersendiri apabila 20 murid tahun satu yang berdaftar di sekolah berkenaan baru-baru ini adalah kanak-kanak Melayu.
Lebih menarik lagi, daripada keseluruhan 66 pelajar di sekolah berkenaan, hanya empat sahaja merupakan murid kaum Cina.
Guru Besar sekolah Won Siew Knew berkata trend murid Melayu lebih banyak daripada kaum Cina di SJKC telah berlaku sejak beberapa tahun lepas dan pihaknya mengalu-alukan perkembangan positif ini.
“Ini juga mungkin disebabkan majoriti penduduk di sini adalah orang Melayu, jadi mereka senang untuk hantar anak ke sekolah ini dan masyarakat Cina yang muda-muda pula sudah berpindah ke kawasan lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kewujudan beberapa SJKC berdekatan juga menjadi antara faktor tidak banyak pelajar Cina berdaftar di SJKC Chi Sin.
Menurut Won, ibu bapa pada masa ini turut menggalakkan anak-anak mereka ke SKJC sekali gus dapat menguasai bahasa Cina kerana kebanyakan mata pelajaran diajar dalam bahasa berkenaan.
“Subjek seperti Matematik dan Sejarah, guru perlu menerangkannya dalam bahasa Melayu tapi kita menggalakkan murid berkomunikasi dalam bahasa Cina. Murid pun kita lihat seronok belajar menggunakan bahasa Cina,” katanya.
Keseluruhannya SJKC Chi Sin mempunyai 20 murid tahun satu, tahun dua (11), tahun tiga (10), tahun empat (12), tahun lima (empat) dan tahun enam (9).
BACA: Boleh Ke Anak Nak Bayar Zakat Fitrah Untuk Mak Ayah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Sumber: Bernama
The post SJKC Chi Sin Cipta Sejarah Terima 20 Murid Melayu Tahun Satu appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment