Media Thailand ‘Terkejut’ Argentina Pilih Indonesia Bagi Perlawanan Persahabatan

media thailand indonesia

Media Thailand ‘Terkejut’ Argentina Pilih Indonesia Bagi Perlawanan Persahabatan

Sebilangan media Thailand meluahkan rasa terkejut apabila Argentina memilih Indonesia untuk perlawanan persahabatan dan menjadikannya sebagai berita utama, lapor CNN Indonesia.

Difahamkan, Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengesahkan Argentina bakal menjejakkan kaki di laman Indonesia bagi perlawanan persahabatan pada Jelajah Asia 2023, Jun depan.

Pasukan juara Piala Dunia 2022 itu akan menguji kehebatan dua pasukan dalam jelajah Asia semasa Hari Perlawanan Federation Internationale de Football Association (FIFA).

Pada perlawanan pertama, skuad kendalian Lionel Scaloni akan menentang Australia di Beijing, China pada 15 Jun.

Kemudian pada 19 Jun berikutnya yang merupakan perlawanan kedua, Argentina akan menentang Indonesia di Stadium Utama Bung Karno (SUGBK), Senayan.

Bagaimanapun keputusan Argentina berdepan negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) iaitu Indonesia dianggap sebagai berita besar oleh sebilangan media Thailand.

BACA: Bank Pusat Argentina Pertimbang Letak Wajah Messi Pada Wang Kertas

Kompilasi berita Thailand

Salah satu media Thailand yang mengetengahkan perlawanan Indonesia dan Argentina ialah The Thaiger.

“La Albiceleste Argentina sedang bersiap untuk terbang bagi perlawanan persahabatan menentang Indonesia dalam agenda Hari Perlawanan FIFA Jun ini.

“Ini adalah berita besar untuk peminat bola sepak di rantau ASEAN secara amnya,” tulis The Thaiger.

Manakala, media Thailand yang lain, Thairath turut berkata pengumuman perlawanan Indonesia lawan Argentina oleh AFA adalah berita besar.

“Pada 22 Mei 2023 terdapat berita besar kerana Argentina, pemenang Piala Dunia 2022 sedang membuat persiapan untuk pergi ke ASEAN selepas mengumumkan akan bertemu Indonesia 19 Jun ini,” memetik Thairath.

Satu lagi media Thailand iaitu Khaosod turut menjadikan perkara itu sebagai sorotan di media mereka.

“’Pencerobohan’ Asia, Argentina mengesahkan bahawa mereka akan menentang Australia dan Indonesia pada Hari Perlawanan FIFA Jun ini.

“Perlawanan Argentina dan Australia akan diadakan di Beijing china pada 15 Jun, manakala perlawanan menentang Indonesia akan diadakan di Jakarta pada 19 Jun,” tambah Khaosod.

Untuk rekod, Singapura merupakan pasukan Asia pertama yang menentang Argentina di Stadium Nasional Singapura pada 2017 lalu.

Perlawanan persahabatan ini menjadikan Indonesia sebagai pasukan ASEAN yang kedua menentang Argentina.

Sumber: CNN Indonesia

The post Media Thailand ‘Terkejut’ Argentina Pilih Indonesia Bagi Perlawanan Persahabatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*