Ada 11 Tahap, Ini Rupanya Cara Buat Bola Tenis

Ada 11 Tahap, Ini Rupanya Cara Buat Bola Tenis

Hari ini kita melihat sukan tenis semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di peringkat tempatan mahupun global. Apatah lagi, ia juga tersenarai dalam sukan di Olimpik.

Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang menggunakan raket dan bola untuk dimainkan. Sama seperti sukan badminton, sukan ini juga dimainkan dalam dua kategori iaitu secara solo ataupun beregu di atas sebuah gelanggang.

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana bola tenis yang digunakan itu diciptakan?

Tentunya timbul pelbagai persoalan bagaimana bola ini diperbuat dan bahan apa yang digunakan dalam pembuatannya? Oleh itu, tanpa membuang masa lagi, mari kita rungkai misteri di sebalik pembuatan bola tenis di bawah ini.

Pembuatan Bola Tenis

Menurut Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), proses pembuatan bola tenis hampir tidak mempunyai sebarang perubahan sejak seabad yang lalu. Proses ini boleh dikategorikan kepada 11 tahap.

Tahap 1: Penghasilan

Gambar: Tech Insider

Pada peringkat pertama, getah mentah dibawa masuk ke kilang dalam kuantiti 31 kilogram (kg) hingga 113 kg. Getah berkenaan akan diproses (diuli) menjadi lembut mengikut proses yang tepat.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Pelbagai bahan yang diperlukan dimasukkan ke dalam getah untuk menghasilkan getah yang diinginkan.

Bahan tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki dan dicampurkan dengan pelarut petroleum sebelum ia dibiarkan terendam.

Setelah getah menghasilkan tekstur melekit dalam beberapa jam. Kemudian, getah itu perlu dicampurkan dengan pelarut sehingga terhasil tahap kepekatan getah.

Tahap 2: Formulasi 

Umumnya, teras (bola tenis) dihasilkan atau berasaskan getah asli yang mengandungi pengisi zarah halus dan kebolehtelapan terhadap gas yang rendah. Formulasi bola ini berdasarkan kandungan di bawah;

Getah asli 72
Getah butadiena 28
Tanah liat 40
Magnesium karbonat 8
Kalsium karbonat oksida 2.5
Sulfur 3.5

Tahap 3: Disumbat (Extrude)

Gambar: Tech Insider

Seterusnya, kompaun getah dipanaskan akan dimasukkan ke dalam satu lubang orifis membentuk rod (batang) sebelum dipotong menjadi pelet.

Pelet tersebut kemudiannya dikumpulkan dan disejukkan di dalam kompaun.

Tahap 4: Bentuk

Gambar: Tech Insider

Kemudian, setiap pelet yang telah siap akan diisi ke dalam bekas mesin penekan hidraulik untuk membentuk separuh bulatan (hemisfera) pada suhu tinggi 150 darjah Celsius selama 2 jam 30 minit sebelum dibawa keluar.

Gambar: Tech Insider
cara buat bola tenis
Gambar: Tech Insider

Lembaran getah separuh bulat yang terhasil itu kemudiannya dipotong daripada acuannya.

BACA JUGA: Kenali Ruki, Dipercayai Sungai Tergelap Di Dunia

cara buat bola tenis
Gambar: Tech Insider

Tahap 5: Edge Buff

Setelah dipotong menjadi kepingan separuh bulatan, ia digilap dengan menggunakan roda pengisar. Kemudian, permukaan tepi separuh bulatan itu disapu dengan getah.

Gambar: Tech Insider

Tahap 6: Rawat & Pengembangan Bola

Bagi bola tenis jenis bertekanan, terdapat dua kaedah yang digunakan dalam proses pembuatannya iaitu pengembangan atau pemadatan bola.

Untuk kaedah pengembangan, cara ini menggunakan bahan kimia yang bertindak sebagai bahan pemangkin kepada proses bola tenis dipasang.

Lazimnya, bahan kimia yang digunakan terdiri daripada natrium nitrit dan ammonium klorida yang menghasilkan nitrogen semasa proses pengacuan.

Manakala kaedah kedua, pemadatan udara adalah lebih kompleks berbanding kaedah pertama. Dua bahagian cengkerang akan digam secara bersamaan dan udara akan terperangkap di dalamnya.

Walau bagaimanapun, bola yang menggunakan kaedah ini secara perlahan-lahan akan kempis dalam beberapa bulan. Untuk memastikan tekanan bolanya sentiasa terjaga, ia akan disimpan di dalam bekas bertekanan.

Bola tenis biasanya mempunyai tekanan kira-kira 12lb (5.4 kg).

Tahap 7: Bola Tenis (Teras) Siap Dipasang

Gambar: Tech Insider

Seterusnya, kesemua bola tenis yang telah siap dicantum akan digilap dan disalut dengan larutan getah di dalam bekas khas untuk memastikan gas yang berada di dalam bola tidak keluar.

BACA JUGA: Ini Sebab Mengapa Kucing Jantan Macam Nak Mengawan Sesama Jantina

Tahap 8: Ditutup Dengan Fabrik.

Dalam pembalutan bola tenis, terdapat dua jenis fabrik yang digunakan iaitu kain Melton (mempunyai permukaan yang lebih berbulu) dan kain Jarum (lebih murah dan menggunakan kandungan sintetik yang lebih banyak).

cara buat bola tenis
Gambar: Tech Insider

Setelah teras (bola) disaluti larutan gam, ia akan dibaluti dengan fabrik tersebut. Kain yang menutupi teras bola tenis itu dipotong secara ‘Dumb-bell’ dan dibalut menggunakan mesin automatik. Sebanyak dua fabrik perlu digunakan untuk membaluti keseluruhan bola tenis.

Tahap 9: Pengacuan

Gambar: Tech Insider

Kemudian bola akan diletakkan dalam acuan mesin sekali lagi untuk dipanaskan.

Proses ini dilakukan bertujuan untuk memberikan haba pada larutan getah bola tenis bercantum (melekat) antara kedua-dua fabrik tersebut dan menjadikan jahitan licin tanpa kedut.

Barulah bola tenis yang telah siap dibentuk dikeluarkan dan disejukkan.

Tahap 10: Pengewapan

Gambar: Tech Insider

Kesemua bola tenis akan dimasukkan ke dalam satu mesin wap dan dipusingkan secara perlahan-lahan.

Proses ini bagi memberikan permukaan menjadi ‘timbul’, lebih lembut dan mengembang (jika bola tak sekata atau kemek) serta kedutan di sekeliling bola juga hilang.

Tahap 11: Pembungkusan

cara buat bola tenis
Gambar: Tech Insider

Sebelum dimasukkan ke dalam bekas, bola tenis akan diuji dan dinilai terlebih dahulu. Kemudian, jenama dan logo akan dicetak pada bola tersebut.

cara buat bola tenis
Gambar: Tech Insider

Barulah bola tenis siap dimasukkan ke dalam tin tiub bertekanan supaya tekanan bola sentiasa terjaga sebelum dijual.

Sumber: International Tennis Federation (ITF), Tech Insider UK, Twitter x

The post Ada 11 Tahap, Ini Rupanya Cara Buat Bola Tenis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*