Mengaku Malas Pergi Bank Tukar Duit, Lelaki Kongsi Tips Mudah Kumpul Duit Raya Sendiri

kumpul duit raya

Mengaku Malas Pergi Bank Tukar Duit, Lelaki Kongsi Tips Mudah Kumpul Duit Raya Sendiri

Tiba sahaja musim raya, mesti kalut nak tukar duit di bank, semuanya sebab nak bagi duit raya kepada anak buah atau kanak-kanak yang datang beraya di rumah.

Betullah kata orang, sedekah itu amalan mulia, jadi tidak salah untuk bersedekah semasa hari raya, tidak kisah berapa jumlahnya yang penting niat dan keikhlasan di hati.

Tidak dinafikan kanak-kanak pasti gembira jika mendapat duit raya, justeru kegembiraan itu yang kita perlukan untuk memeriahkan lagi suasana hari raya kelak.

Jadi, persiapan dari awal penting untuk kita lakukan demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Misalnya, keperluan dari aspek ekonomi. Hal ini kerana kita tahu, setibanya hari raya nanti pasti memerlukan sedikit perbelanjaan untuk membeli persiapan seperti makanan, baju raya dan sebagainya.

Kumpul Duit Raya
Kredit: Syahr Musafir

Justeru dalam perkongsian daripada Syahr Musafir baru-baru ini di laman Facebook, dia berkongsi tips untuk mengumpulkan duit untuk persiapan raya yang bakal tiba yang menjurus secara langsung kepada ‘duit raya’.

Tidak dinafikan bahawa Syahr Musafir sendiri mengaku bahawa dia memiliki satu sikap malas untuk pergi ke bank (untuk tukar duit raya) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jadi, dia bertindak untuk mengumpulkan RM1 setiap kali masuk pejabat ke dalam tabung, tidak kisahlah sekeping atau sehingga lima keping sekali masuk.

Dari situ, hatinya mula terdetik untuk mula menabung, “Saya fikir kalau saya terus istiqamah, saya akan dapat minimun 365 keping RM1 pada hujung tahun,

Tetapi, jika dia tidak mempunyai duit RM1, dia akan memasukkan RM5 atau RM10 ke dalam tabung miliknya.

Tidak hanya itu, Syahr juga akan memilih wang kertas baharu (permukaan yang masih keras) dan tidak menyimpan wang kertas yang telah rosak atau sebagainya.

Kumpul Duit Raya
Kredit: Syahr Musafir

Sebelum raya tahun lalu, sebanyak RM800 berjaya dikumpulkan dalam tabungnya. Disebabkan jumlah tersebut di luar jangkaannya, dia meneruskan niat menabung sejurus selepas raya melabuhkan tirainya.

Tambahnya lagi, pada 1 Januari 2023 kelmarin, dia telah mengeluarkan wang tabungan untuk membuat kiraan. Tidak sangka dia mampu mengumpul sebanyak RM1,234.

Dalam jumlah (RM1,234) tersebut sebanyak 684 keping duit RM1, jadi menurutnya misinya untuk menyimpan ‘stok duit raya’ untuk Aidilfitri pada bulan Mac kelak telah berjaya dilakukan.

Dalam kesempatan itu juga dia turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang datang beraya di rumahnya akan diberikan wang RM1.

Jadi anak-anak yang datang beraya nanti bakal dapat duit kertas warna biru muda. Jangan tanya berapa keping, itu rahsia,” tulisnya.

Sumber: Syahr Musafir | Facebook

The post Mengaku Malas Pergi Bank Tukar Duit, Lelaki Kongsi Tips Mudah Kumpul Duit Raya Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*