Musim Perayaan, Cuaca Panas Antara Punca Penggunaan Elektrik Meningkat – TNB

Cuaca Panas & Musim Perayaan Cetus Peningkatan Penggunaan Elektrik

Cuaca Panas & Musim Perayaan Cetus Peningkatan Penggunaan Elektrik

Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, musim perayaan dan cuaca panas menjadi faktor peningkatan penggunaan tenaga elektrik dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Menurut TNB lagi, aliran peningkatan berterusan ini turut mencatatkan rekod bacaan tertinggi permintaan maksimum bekalan tenaga iaitu sebanyak 19,716 Megawatt (MW).

Rekod tertinggi ini difahamkan telah dicatatkan pada bulan lepas iaitu pada 11 Mei 2023.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan hari ini, syarikat utiliti nasional tersebut turut berkata, peningkatan penggunaan tenaga dikesan bagi beberapa peralatan elektrik.

Antaranya adalah seperti seperti penyaman udara dan kipas, sejajar dengan fenomena El Nino yang berlaku pada masa ini.

Jelas pihaknya, perkara ini telah menyumbang terhadap peningkatan penggunaan tenaga bagi isi rumah.

Susulan itu, perkara tersebut terus menjurus ke arah peningkatan kos bil bagi penggunaan elektrik bagi seisi rumah.

Oleh sebab itu, syarikat berkenaan memberi saranan kepada orang ramai agar menggunakan tenaga elektrik secara berhemah bagi peralatan elektrik.

Dengan amalan penggunaan tenaga elektrik yang berhemah, pengguna dapat mengelakkan pembaziran dan membayar kos bil elektrik yang tinggi.

Selain itu, langkah penjmatan penjimatan penggunaan tenaga juga boleh membantu usaha menangani krisis perubahan iklim serta kelestarian alam sekitar.

Perkara ini dapat dicapai dengan pengurangan pelepasan karbon yang dijana oleh sumber bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui.

El Nino dilaporkan nermula pada 10 Jun dan ramalan rekod suhu global tertinggi bakal tercipta

Fenomena alam, El Nino dilapor telah pun bermula di Lautan Pasifik, sekaligus dikhuatiri suhu planet di beberapa kawasan akan meningkat.

Menurut BBC, sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat mengesahkan pemulaan fenomena tersebut. Mereka juga meramalkan bahawa 2024 bakal menjadi tahun terpanas dalam sejarah.

Fenomena yang sama juga dibimbangi akan menolak dunia melepasi takat pemanasan suhu Bumi sebanyak 1.5 darjah celcius.

Sekiranya berlaku, ia akan memberi kesan terhadap cuaca dunia dan beberapa negara berkemungkinan bakal menghadapi cuaca ekstrem.

Antaranya, Australia berpotensi untuk dilanda kemarau, selatan Amerika bakal menyaksikan taburan hujan yang lebih tinggi dan lain-lain.

Fenomena ini dijangka berlanjutan sehingga musim bunga seterusnya, sebelum impaknya menyusut secara perlahan-lahan.

BACA: Fenomena El Nino Dilapor Sudah Bermula Di Lautan Pasifik

Sumber: Astro Awani

The post Musim Perayaan, Cuaca Panas Antara Punca Penggunaan Elektrik Meningkat – TNB appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*