Menteri Agama Seru Pengurusan Surau, Masjid Titikberatkan Semula SOP Covid-19

menteri agama surau

Menteri Agama Seru Pengurusan Surau, Masjid Titikberatkan Semula SOP Covid-19

Rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati susulan peningkatan penularan penyakit Covid-19.

Saranan itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar dalam satu kenyataanya pada hari ini.

Menurut Dr. Mohd Na’im lagi langkah waspada itu adalah selaras dengan saranan dalam Islam demi mengelakkan diri daripada kemudaratan tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan seluruh lapisan masyarakat untuk mengambil langkah berhati-hati. Terutamanya dalam menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing agar terhindar dari wabak penyakit tersebut.

“Langkah waspada ini adalah selaras dengan saranan Islam agar perkara yang boleh membawa kemudaratan hendaklah dielakkan,” kata Dr. Mohd Na’im.

Tambahnya, JPM juga melalui JAKIM akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN).

Kerjasama itu difahamkan bertujuan dalam mengatur langkah proaktif dari segi hal ehwal agama untuk menghadapi wabak tersebut.

Antara langkah yang sedang diatur adalah berkaitan dengan aktiviti berkumpulan yang diadakan di pusat tumpuan seperti di masjid dan surau.

Aktivti yang membabitkan satu kumpulan yang besar di dalam tempat tertutup akan memudahkan lagi jangkitan wabak berbahaya tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan surau dan Masjid diarahkan untuk menitikberatkan semula SOP Covid-19.

“JPM melalui JAKIM akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN). Ia bertujuan untuk mengambil langkah proaktif dalam ruang lingkup hal ehwal agama bagi menghadapi wabak tersebut.

“Langkah ini umpamanya bagi memastikan tempat perkumpulan ramai umat Islam seperti di masjid dan surau yang menjadi tempat mudahnya jangkitan wabak dapat diambil tindakan-tindakan pencegahan awal.

“Selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya ingin menyeru seluruh pengurusan Surau dan Masjid menitikberatkan semula SOP Covid-19,” katanya lagi. 

Selain itu, para jemaah juga dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan dengan memakai pelitup muka bagi mereka yang bergejala. Khususnya bagi golongan yang berisiko seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik dan ibu mengandung.

Kata beliau lagi, umat Islam juga disaran untuk berhati-hati dan sentiasa berdoa agar wabak ini dapat dihindari.

BACA: “Saya Perlukan Kalian”, Kakak Pelajar Maut Minta Saksi Buat Laporan

Sumber: X/Dato’ Setia Dr. Naim

The post Menteri Agama Seru Pengurusan Surau, Masjid Titikberatkan Semula SOP Covid-19 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*