Dakwa Mayat Ditemui Dalam Tangki Air Universiti Hanya Patung, Polis Indonesia Buru 6 Mahasiswa

polis buru mahasiswa

Dakwa Mayat Ditemui Dalam Tangki Air Universiti Hanya Patung, Polis Indonesia Buru 6 Mahasiswa

Polis Medan dilapor sedang memburu enam pelajar lelaki yang mengaku sebagai pelajar Universiti Prima Indonesia (UNPRI) berhubung kes penemuan dua mayat dalam tangki air di universiti tersebut.

Memetik Tribun, enam pelajar itu diburu selepas memuat naik sebuah video yang mendakwa mayat yang ditemui bukan mayat sebenar, sebaliknya hanyalah patung.

Terdahulu, video yang dimuat naik pelajar-pelajar berkenaan menjadi tular di media sosial dan menimbulkan banyak pertanyaan.

“Kami pelajar UNPRI ingin memohon maaf kami atas penyebaran video rakan saya Heryanto,” kata mereka dalam video itu.

Menurut mereka, video tular yang menunjukkan mayat ditemui dalam tangki air sebenarnya adalah satu penipuan.

Dakwa mayat palsu, polis buru enam mahasiswa

Sebaliknya, jasad yang dikatakan mayat manusia didakwa adalah patung mannequin.

“Jasad dalam video itu adalah patung bukan mayat. Video yang tersebar itu adalah penipuan dan telah menimbulkan keresahan banyak pihak.

“Kenyataan ini dibuat oleh kami secara sedar dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Kami kesal dengan tindakan yang kami lakukan sebelum ini,” kata pelajar itu lagi.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan, Pesuruhjaya Teuku Fathir Mustafa berkata, pihaknya akan menahan enam pelajar terbabit.

Penahanan tersebut bertujuan bagi mendapatkan keterangan berkenaan penjelasan di dalam video tersebut.

“Ia salah satu perkara yang perlu diteliti, kerana mereka kata itu adalah patung. Tetapi hakikatnya ia adalah mayat sebenar.

“Sebab itu kita menelitinya dan meminta penjelasan daripada pihak berkenaan yang membuat video itu,” kata Fathir kepada Tribun.

BACA: Dua Mayat Dalam Tangki Air Universiti

Menurut Fathir, sehingga kini identiti enam pelajar tersebut masih belum diketahui oleh pihak polis.

“Kami sedang berusaha untuk mengetahui siapa yang membuat video itu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, video penjelasan yang dimuat naik mereka telah mencetuskan kekecohan dalam masyarakat.

Selain itu, beliau juga turut meminta semua pihak agar dapat memberi kerjasama kepada pihak polis agar kes itu dapat diselesaikan dengan cepat.

“Video itu telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai. Jadi kita mahu penjelasan daripada mereka.

“Kita harap semua pihak memberi kerjasama. Kita harap mereka yang berada di dalam video itu juga memberi kerjasama.

“Apabila video itu muncul, banyak persoalan mula timbul. Kita perlukan jawapan,” kata Fathir lagi.

Sumber: Tribun News

The post Dakwa Mayat Ditemui Dalam Tangki Air Universiti Hanya Patung, Polis Indonesia Buru 6 Mahasiswa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*