Menteri Pendidikan beri semangat kepada pelajar SPM

BANGI: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping meninjau persiapan sekolah. 

Beliau mendoakan kejayaan semua pelajar SPM dan meminta mereka untuk terus fokus serta sabar semasa menjawab soalan peperiksaan.

“Buat yang terbaik untuk diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan negara,” katanya semasa lawatan sempena hari pertama peperiksaan bertulis SPM di SMK Jalan Empat, di sini hari ini. 

Fadhlina berkata, sebagai seorang ibu, pihaknya mengakui turut berasa berdebar kerana anaknya juga menduduki SPM.

“Saya pastikan sentiasa ada komunikasi dan memberi semangat kepada anak saya, semalam beliau agak sebak kerana saya tidak bersama tetapi doa saya sentiasa bersamanya. 

“Kepada ibu bapa, kita doakan semoga anak-anak kita mencapai kejayaan dan semua berjalan dengan lancar.

“Banyak ibadat boleh dilakukan oleh ibu bapa, saya dan suami pun berpuasa hari ini serta melakukan solat hajat bagi kejayaan anak kami,” katanya. – UTUSAN

The post Menteri Pendidikan beri semangat kepada pelajar SPM appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*