Wanita diabaikan suami kerana sibuk berpoligami, Puteri Sarah luah hasrat nak bantu

Puteri Sarah Liyana kembali menjadi perhatian di media sosial apabila menyelar tindakan seorang suami yang mengabaikan isterinya kerana sibuk berpoligami.

Pelakon itu menyifatkan suami terbabit sangat kejam kerana tidak bertanggungjawab serta adil dalam menunaikan sunnah Rasulullah SAW itu.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan nasib ibu kepada tujuh anak yang dihalau selepas gagal bayar rumah sewa.

Yang memburukkan keadaan, suami wanita itu dikhabarkan jarang pulang ke rumah semenjak mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Wanita tersebut turut diuji dengan keadaannya yang merupakan pesakit mental akibat tertekan dengan situasi yang perlu dihadapinya setiap hari.

“Allahuakbar kejamnya. Inilah yang dikatakan nak berpoligami tapi tidak tahu tanggungjawab,” luah Puteri Sarah melalui Instagram storynya.

Simpati dengan ujian yang perlu ditempuhi wanita terbabit, Puteri Sarah turut meluahkan hasratnya untuk membantu.

Isteri pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu turut meminta orang ramai untuk memberinya sebarang maklumat untuk menghubungi wanita itu.

“Siapa kakak ini? Kalau ada nombor sila DM (Direct Message) Sarah. Sarah nak tolong,” tulisnya yang turut berkongsi keratan berita wanita yang dihalau itu.

Pelakon itu kini sedang berada di Dubai setelah selesai menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya tanpa kehadiran suami.

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*