Hidang Juadah Kelas Pertama, Buku Menu Makan Malam Kapal Titanic Dilelong RM485,130

Menu makan malam titanic

Hidang Juadah Kelas Pertama, Buku Menu Makan Malam Kapal Titanic Dilelong RM485,130

Menu makan malam kelas pertama dalam pelayaran sulung kapal Titanic terjual pada tanda harga AS$103,000 (RM485,130) dalam satu lelongan di United Kingdom.

Memetik South China Morning Post (SCMP), menu yang menawarkan hidangan tiram, daging lembu dan itik mallard yang disediakan sebagai juadah pada 11 April 1912 kelihatan sudah lusuh ketika dilelongkan.

Menu berkenaan berjaya dijual pada Sabtu lalu di rumah lelong Henry Aldridge & Son di Wiltshire, barat daya England.

Menurut wakil rumah lelong berkenaan, Andrew Aldridge, keadaan fizikal buku menu berkenaan menunjukkan tanda-tanda terendam di dalam air sewaktu kapal berkenaan mula karam.

“Sebahagian menu itu memaparkan tanda-tanda terendam dengan air. Namun ia berjaya dipadankan dengan bahagian belakang menu yang ditemui kemudian.

“Jelas, ia menunjukan buku ini juga terendam dalam perairan Atlantik Utara pada 15 April tahun tersebut,” katanya.

Mereka percaya, buku menu berkenaan dibawa bersama oleh penumpang yang terselamat atau ditemui kemudian bersama mangsa-mangsa yang terkorban ketika itu.

Difahamkan, ia dipercayai satu-satunya salinan menu makan malam kelas pertama pada 11 April yang masih wujud.

Buku menu berkenaan kemudian ditemui bersama album gambar milik ahli sejarah amatur Kanada, mendiang Len Stephenson.

Selain menu makan malam itu, barangan lain yang dijual termasuklah jam tangan poket buatan Switzerland yang ditemui daripada penumpang, Sinai Kantor. Ia dijual pada harga £97,000 (RM560,762).

Manakala selimut bercorak tartan dijual pada harga £96,000 (RM554,981).

Tragedi Kapal Titanic 

Pada 14 April 1912, Titanic karam bersama lebih 1,500 penumpang dan anak kapal selepas melangggar bongkah ais pada kelajuan 21 knot.

Ketika itu, kapal berkenaan dipercayai hanya mampu bertahan antara satu hingga dua jam selepas pelanggaran tersebut berlaku sebelum karam sepenuhnya.

BACA JUGA: Kapal Selam Sertai Ekspedisi Titanic Hilang Di Pantai Timur Kanada

Susulan itu, kapten kapal ketika itu, Kapten Smith kemudiannya mengarahkan operator radio Phillips untuk menghantar mesej bantuan pada pukul 12.05 tengah malam.

Pada 2.20 pagi, iaitu 2 jam 40 minit selepas insiden, kapal berkenaan tenggelam ke dasar lautan Atlantik Utara sedalam 8000 meter.

Daripada 2,224 penumpang, hanya 710 penumpang yang dilaporkan terselamat.

Sumber: South China Morning Post

The post Hidang Juadah Kelas Pertama, Buku Menu Makan Malam Kapal Titanic Dilelong RM485,130 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*