Ahli BTS J-Hope Jalani Latihan Ketenteraan Hari Ini

j-hope latihan ketenteraan

Ahli BTS J-Hope Jalani Latihan Ketenteraan Hari Ini

Bintang BTS J-Hope dilapor telah memulakan perkhidmatan ketenteraannya pada Selasa (hari ini), selepas menghantar mesej perpisahan kepada peminat dalam talian, lapor BBC.

Difahamkan, bintang k-pop terkenal itu merupakan ahli kedua dalam kumpulannya yang menyertai tentera.

Lelaki berusia 29 tahun itu menyiarkan gambar kepalanya yang baru dicukur di laman Instagram sebelum dibawa ke bandar Wonju untuk mengambil bahagian dalam upacara pendaftaran tentera hari ini.

Gambar tersebut disertakan dengan kapsyen yang bersemangat menunjukkan dia terjua menjalani latihan tersebut.

“Saya akan mempunyai masa yang seronok!,” tulisnya.

Hantaran itu mendapat kira-kira lapan juta tanda suka daripada peminatnya, Army (nama peminat BTS) dan rata-rata mereka meninggalkan mesej galakan dan sokongan buat penyanyi itu.

Kumpulan itu juga memuat naik gambar terakhir bersama-sama dengan Jin yang mengenakan pakaian seragam tenteranya sempat menyertai mereka.

Kredit: @BTS_twt/Twitter

Ramai peminat hadir ke kawasan kem tentera menggunakan bas sewa yang dipenuhi muka dan gambar J-Hope untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bintang itu.

Untuk maklumat, Korea Selatan mewajibkan setiap lelaki yang berumur antara 18 hingga 35 tahun untuk menyertai latihan perkhidmatan tentera selama 18 ke 12 bulan.

Ramai membangkitkan semula mengenai perkhidmatan tentera buat ahli kumpulan BTS susulan mereka telah memberi sumbangan besar kepada dunia seni.

Ada yang berpendapat dengan sumbangan yang diberi (dalam industri seni hiburan), mereka patut dikecualikan daripada latihan wajib itu.

Walau bagaimanapun, pada 2019 Kementerian Pertahanan menetapkan bahawa mereka masih perlu berkhidmat tidak kira dengan sumbangan yang diberi.

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

Jin ahli pertama jalani perkhidmatan tentera

Jin merupakan ahli pertama yang menyertai kumpulan itu pada bulan Disember dan selebihnya dijangka akan mendaftar dalam beberapa tahun akan datang.

BTS telah mengumumkan ‘hiatus’ (rehat) sementara pada tahun lepas untuk memberi tumpuan kepada projek solo ahli kumpulan.

Baru-baru ini, J-Hope telah mengeluarkan lagu solo yang menampilkan penyanyi rap J Cole dalam muziknya.

Taeyang BIGBANG “comeback” dengan lagu VIBE, bergabung dengan Jimin BTS

Kredit: Soompi

Sebelum ini media melaporkan, salah seorang ahli kumpulan Big Bang, Taeyang membuat kemunculan semula dengan single terbarunya “Vibe”.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh agensi pengurusan, Black Label, difahamkan single terbaru tersebut turut menampilkan Jimin dari BTS.

Single ini muncul selepas enam tahun selepas lagu solo terakhirnya yang diterbitkan dalam album ketiganya yang berjudul “White Night” bersama agensi lamanya, YG Entertainment.

Sumber: BBC

The post Ahli BTS J-Hope Jalani Latihan Ketenteraan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*