Messi Minta Maaf, Jelaskan Sebab Sebenar Tak Main Di Hong Kong

messi minta maaf

Messi Minta Maaf, Jelaskan Sebab Sebenar Tak Main  Di Hong Kong

Pemain bola sepak prolifik, Lionel Messi telah memohon maaf dan menjelaskan mengapa beliau tidak menyertai perlawanan persahabatan Inter Miami-Hong Kong baru-baru ini.

Beliau telah membuat hantaran video menjelaskan perkara tersebut menerusi platform media sosial terbesar di China, Weibo.

Sebelum itu, Messi dilaporkan tidak bermain dalam perlawanan persahabatan melibatkan kelabnya, Inter Miami dengan Hong Kong pada 4 Februari lepas.

Ketiadaannya di dalam padang telah mencetuskan kemarahan media China, ahli politik Hong Kong dan peminat-peminatnya apabila melihat sosok pemain asal Argentina itu beraksi dalam perlawanan persahabatan di Tokyo, tiga hari selepas perlawanan berkenaan.

Oleh sebab itu, China telah menyekat sebarang perlawanan melibatkan pemain yang berusia 36 tahun itu.

Disebabkan imejnya tercalar di negara tersebut, Messi tampil membuat video penjelasan untuk meredakan keadaan.

“Saya telah membaca dan mendengar banyak perkara yang diperkatakan selepas perlawanan persahabatan di Hong Kong. Saya merakam video ini untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai isu ini agar tiada siapa yang terpengaruh dengan berita palsu lagi selepas ini,” kata Messi.

Messi telah menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya tidak mahu bermain dalam perlawanan tersebut atas sebab-sebab politik.

“Jika saya berbuat demikian, saya tidak akan pergi ke Jepun ataupun melawat China dan saya telah berbuat sedemikian banyak kali.

“Sejak permulaan karier saya, saya memliki hubungan yang rapat dan istimewa dengan China,” ujarnya dalam video tersebut.

Messi mengalami kecederaan pada bahagian peha

Selain itu, Messi sekali lagi mengulangi sebab mengapa beliau tidak beraksi dalam perlawanan persabahatan bersama Hong Kong pada awal bulan ini.

Seperti apa yang dinyatakan dalam sidang akhbar sebelum ini, beliau mengalami kecederaan pada bahagian peha. Ini menyebabkan Messi tidak dapat beraksi dalam perlawanan pertama di Arab Saudi, ketika beliau kali pertama merasainya.

“Dalam perlawanan kedua, saya cuba untuk bermain buat seketika, tetapi keadaan menjadi semakin teruk.

“Kemudian, sehari sebelum perlawanan di Hong Kong, saya telah berlatih dan berusaha untuk beraksi demi orang ramai yang datang menonton perlawanan itu.

“Keadaan saya lebih baik beberapa hari selepas perlawanan tersebut dan sebab itulah saya bermain buat seketika di Jepun,” katanya.

Jelas Messi, beliau perlu bermain seketika di Jepun untuk mengembalikan tahap kecergasannya dan rentak permainannya seperti sedia kala.

BACA: Ini Sebab Presiden Indonesia Tak Boleh Berkhidmat Lebih Dua Penggal

Sumber: CNA & South China Morning Post

The post Messi Minta Maaf, Jelaskan Sebab Sebenar Tak Main Di Hong Kong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*