Meta Bakal Buang 10,000 Lagi Pekerja

Meta Bakal Buang 10,000 Lagi Pekerja

Pengasas Meta, Mark Zuckerberg, mengumumkan langkah terbaru iaitu untuk mengurangkan bilangan kakitangan syarikatnya di California pada Selasa.

Seramai 10,000 pekerja yang akan dibuang beberapa bulan akan datang manakala 5,000 jawatan yang lain masih dikosongkan.

Ia menjadikan syarikat itu telah mengurangkan kira-kira 25 peratus tenaga  kerjanya dalam tempoh masa empat bulan, lapor AFP.

Langkah tersebut sama seperti syarikat teknologi besar yang lain seperti Amazon, Google dan Microsoft yang turut mengurangkan bilangan pekerja mereka.

Gambar: Andrew Caballero-Reynolds/AFP

 

Pada bulan november tahun lepas, syarikat ini telah mengumumkan jumlah pekerja dikurangkan sebanyak 11,00o.

“Ini adalah sukar dan tidak ada jalan untuk mengatasinya. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja yang berbakat dan bersemangat yang telah menjadi sebahagian daripada kejayaan kami,” katanya.

Zuckerberg mengatakan bahawa tahun ini perlu menjadi tahun yang cekap buat syarikat itu.

“Saya fikir kita harus mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan ekoran dengan realiti ekonomi baharu yang berterusan selama bertahun-tahun.

“Pada bulan Januari, saya telah menganalisa mengenai pengurusan syarikat 2023 dengan mengisytiharkan mengenai tema kecekapan.

“Ia bagi memberi tumpuan agar Meta menjadi sebuah syarikat organisasi yang lebih teguh dan cekap,” katanya.

Tumpu kecekapan tenaga kerja

Selain itu, syarikat itu menerima kritikan kerana mengambil risiko yang ketara dalam metaverse.

Meta mengalami tahun 2022 yang sukar. Dengan itu, mereka bertindak untuk mengurangkan pengiklanan pemasaran disebabkan ledakan ekonomi yang semakin lemah dan perubahan privasi data Apple yang mengehadkan skop untuk pemperibadian iklan.

Ledakan ekonomi itu mencatatkan harga saham yang terendah kerana jatuh dua pertiga jika dibandingkan tahun sebelumnya.

“Pada bulan-bulan yang berikutnya, kemungkinan jabatan teknologi dan perniagaan akan terjejas. Ini akan memakan masa sehingga akhir tahun untuk menyelesaikan perubahan ini.

Tetapi pelabur berpuas hati dengan komitmen Zuckerberg dalam mengendalikan operasi yang lebih teliti dan menjadikan saham itu pulih semula pada 2023.

Harga saham Meta kembali melonjak naik sebanyak 5 peratus selepas pengumuman pemberhentian kerja itu.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber : AFP

The post Meta Bakal Buang 10,000 Lagi Pekerja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*