Pemilik Ladang Hampir Hilang Tangan Diserang Kuda Belang

diserang kuda belang

Pemilik Ladang Hampir Hilang Tangan Diserang Kuda Belang

OHIO — Seorang pemilik ladang terpaksa dikejarkan ke hospital setelah hampir kehilangan tangan akibat diserang kuda belang peliharaan di Circleville pada Ahad lalu, lapor NBC News.

Timbalan Pejabat Sheriff Daerah Pickaway, Sheriff Lt. Johnathan R. Strawser berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian.

Mangsa seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun ditemukan dalam keadaan digigit haiwan berkenaan kira-kira pada jam 5.30 petang waktu tempatan.

Pemilik Ladang Ohio Diserang Kuda
Gambar: Pejabat Sheriff Daerah Pickaway

Tambahnya, mangsa dilaporkan mengalami pendarahan serius di lengan kanannya sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Grant di Columbus untuk rawatan lanjut. Menurut salah seorang pegawai, warga emas itu perlu menjalani beberapa rawatan.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah diserang oleh haiwan peliharaannya sewaktu membakar berus.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan mengalami kecederaan pada lengan kanan. Ia disebabkan oleh kudang belang itu menyerangnya. Apa yang pelik adalah tiada kes atau sejarah haiwan itu bertindak agresif sebelum ini,” katanya.

BACA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Seorang pegawai cuba membantu mangsa dengan menakutkan kuda belang jantan itu menggunakan hon dan siren kenderaan. Namun, usaha yang dilakukan gagal.

Susulan itu, pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menembak mati haiwan tersebut selepas mendapat kebenaran daripada pihak ladang.

Dipercayai Ingin Melindungi Kawanan Kuda Belang Betina

Menurut laporan, haiwan itu bertindak agresif berkemungkinan disebabkan ingin melindungi kuda belang betina lain. Hal ini kerana terdapat enam hingga tujuh ekor haiwan tersebut di dalam ladangnya.

Menurut Jabatan Pertanian Ohio, tidak menjadi satu kesalahan untuk mereka memelihara haiwan itu yang dianggap sebagai haiwan liar yang berbahaya.

Terdahulu, kejadian hampir serupa berlaku di Sudan apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut selepas diserang seekor lembu.

Memetik NDTV, Pihak tempatan dalam satu kenyataan berkata, mangsa telah diserang secara tiba-tiba ketika berlegar-legar di sekitar kawasan ladang.

Menurut jurucakap polis, Mejar Elijah Mabor, lembu jantan itu telah ditahan di sebuah balai polis di Rumbek Central County.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: NBC News

The post Pemilik Ladang Hampir Hilang Tangan Diserang Kuda Belang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*