Miliki 19,011 Video, Gambar Pornografi Kanak-kanak, Lelaki Dipenjara Enam Bulan, Denda RM2,500

Lelaki Dipenjara Enam Bulan pornografi kanak-kanak

Miliki 19,011 Video, Gambar Pornografi Kanak-kanak, Lelaki Dipenjara Enam Bulan, Denda RM2,500

TELUK INTAN, 20 Okt (Bernama) — Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki bahan pornografi kanak-kanak, Mei lepas.

Majistret T. Ashvinii turut memerintahkan tertuduh, 24, menjalani hukuman penjara lima bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Tertuduh didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu satu unit kad memori (pemacu pena) yang mengandungi 19,011 video dan gambar pornografi kanak-kanak.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Besar, Rancangan Perumahan Awam 2, Langkap, dekat sini, pada 4.20 petang, 29 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah membuat pemeriksaan di rumah itu dan merampas komputer riba Acer, adaptor komputer riba Liteon dan pemacu pena Kingston.

Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudiannya mendapati terdapat 19,011 dokumen melibatkan video dan gambar pornografi kanak-kanak dalam pemacu pena itu.

Terdahulu pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam Jude Pereira merayu mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan dan tidak mengenakan hukuman penjara terhadapnya, atas alasan dia masih muda dan kini bekerja sebagai pembantu kedai ubat tradisional milik bapanya, selain telah insaf.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan meminta hukuman setimpal dikenakan kerana jumlah video dan gambar yang dimiliki tertuduh tidak menunjukkan dia telah insaf.

Selepas mahkamah menetapkan hukuman itu, Pereira memohon supaya pelaksanaan hukuman untuk tertuduh ditangguhkan, namun ditolak mahkamah.

BACA: 196,583 Buah Dalam 14 Tahun, Unit Terakhir Kereta Proton Exora Dihasilkan Semalam

Sumber: Bernama

The post Miliki 19,011 Video, Gambar Pornografi Kanak-kanak, Lelaki Dipenjara Enam Bulan, Denda RM2,500 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*