Minta tambah macam-macam tapi tak mahu bayar, barista pening lihat pelanggan tulis dekat remark

Bila anda buat tempahan atas talian, di situ ada bahagian remark dimana pelanggan boleh meminta makanan lebih pedas atau ais lebih.

Namun janganlah benda yang sepatutnya dibayar itu diletak pada bahagian nota dengan harapan dapat ia secara percuma.

Seorang barista berkongsi di TikTok mengenai kerenah pelanggan yang tidak mahu bayar lebih untuk penambahan.

“Bila pelanggan nak tambah benda dalam air tapi letak dekat remark sebab tak mahu bayar lebih,” tulis pemilik TikTok.

Bagaimanapun perkara ini bukanlah satu kejutan kerana banyak penjual yang sudah mengalami hal yang sama.

“Pernah kena, minta nasi goreng nak dua orang makan tapi beli satu sahaja, Dahsyat betul permintaan aneh-aneg, geram betul,” komen @Azlina.lin.

“Ya Allah, stress (tertekan) juga, lagi-lagi vendor kecil je. Tak bagi kena rate rendah, kalau 10 orang minta, boleh muflis terus kami,” ujae @zhilltio.

Beli makanan ikut bajet ya semua, janganlah menyusahkan penjual sebab kalau anda tak jadi beli mereka juga yang menanggung.

Baca juga: Tak sanggup bazirkan makanan anak bagi, bapa habiskan 5 pau sebelum masuk Singapura

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*