Minum Air Diberi Oleh Jiran, Budak 3 Tahun Dilapor Positif Dadah

budak positif dadah

Minum Air Diberi Oleh Jiran, Budak 3 Tahun Dilapor Positif Dadah

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang berasal dari Kalimantan Timur, Indonesia didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas dipercayai meminum air yang diberikan oleh jirannya.

Memetik laporan Detik.com, kanak-kanak itu telah dirawat di Hospital Abdul Wahab Sjahranie, Samarinda dan sudah dibenarkan pulang.

Difahamkan, kejadian itu bermula ketika mangsa dan ibu bapanya berkunjung ke rumah jirannya pada Selasa lalu.

BACA: Tengah Cari “Design” Rumah Idaman? Ini Aspek Yang Perlu Diambil Berat

Ketua Pasukan Respons Cepat Perlindungan Wanita dan Anak Kalimantan Timur, Rina Zainun berkata bahawa mangsa yang kehausan telah diberi sebotol minuman oleh jirannya.

“Anak itu kehausan dan jirannya membawa air minuman dalam botol berisi separuh,” katanya.

Menurutnya lagi, kelakuan mangsa berubah selepas pulang ke rumah mereka. Kanak-kanak malang itu dikatakan menjadi hiperaktif dan tidak boleh tidur selama beberapa hari.

Malah, dia juga mengalami masalah tidur dan terus membebel seolah-olah sedang berhalusinasi.

“Simptomnya ialah dia aktif, tidak duduk diam, mulut berbual sepanjang masa dan tidak mahu tidur.

“Dari Selasa hingga Rabu, dia juga tidak mahu makan dan minum. Dan satu lagi simptomnya ialah dia berpeluh.

“Dia tidak kelihatan letih walaupun tidak makan atau minum, dia tidak mengantuk. Kemudian matanya terbuka luas,” katanya.

Susulan itu, Rina telah berunding dengan ibu bapa mangsa agar kanak-kanak itu menjalani ujian air kencing.

BACA JUGA: Berbakti Hingga Akhir Hayat, Pelajar Cemerlang Imamkan Solat Jenazah Ibu

Tidak lama kemudian, keputusan ujian air kencing keluar dan menunjukkan bahawa mangsa telah positif dadah jenis methamphetamine.

Dia dimasukkan ke hospital kerana pihak perubatan bimbang mengenai kesihatannya selepas tidak mahu tidur dan makan.

Kanak-kanak itu telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan dan keadaannya bertambah baik.

Keadaannya kini bertambah baik namun simptom hiperaktif masih belum pulih sepenuhnya setakat ini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai tindakan terhadap jiran mangsa tidak dinyatakan.

BACA JUGA : Tahu “Survival Skill” Di Hutan, Empat Beradik Makan Akar & Tumbuhan Untuk Teruskan Hidup

Sumber: Detik.com

The post Minum Air Diberi Oleh Jiran, Budak 3 Tahun Dilapor Positif Dadah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*