Mengadu Lapar, Pemandu Bas Bawa Semua Penumpang Beraya Ruma Mertua

Pemandu Bas Berhati Mulia

Mengadu Lapar, Pemandu Bas Bawa Semua Penumpang Beraya Ruma Mertua

Perayaan Aidilfitri yang disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia pastinya menyajikan pelbagai kisah menarik dan memori indah untuk tatapan bersama.

Walaupun elemen sambutan perayaan ini biasanya unik mengikut masyarakat di satu-satu tempat, namu tema sejagatnya tetap sama iaitu mahu menyambut hari kemenangan dan bergembira bersama sanak saudara.

Maka tak hairanlah, apa sahaja perbuatan yang mendatangkan keriangan dan kebahagian kepada orang lain selalu menjadi perkara yang didahulukan oleh kita semua pada hari tersebut.

Misalnya saling bermaaf-maafan, bersedekah dengan menjamu tetamu yang datang berziarah dan memberi duit raya kepada sanak-saudara adalah antara komponen utama perayaan yang tidak akan ditinggalkan.

Banyak kedai makan yang tutup, pemandu bas bawa penumpang menjamu selera di rumah mertua

Baru-baru ini, seorang pemandu bas di Indonesia menerima pujian warga maya apabila budi pekerti dan sifat baiknya melayang penumpang menjadi tular di media sosial.

Menurut Kompas.com, pemandu bas tersebut difahamkan telah membawa seramai 30 orang penumpang berkunjung dan menjamu selera di rumah mertuanya pada sambutan Aidilfitri kali ini.

Tindakan pemandu berkenaa, yang dikenali sebagai Syatir mendapat perhatian selepas kisah berkenaan dikongsikan oleh salah seorang penumpangnya melalui TikTok @octavpietherdjumapny.

@octavpietherdjumapny  berkata, pada hari kejadian mereka sedang dalam perjalanan dari Palu menuju ke Makassar di Sulawesi Selatan.

Dalam perjalanan tersebut, salah seorang penumpang mengadu kelaparan. Malangnya, mereka tidak menemui mana-mana kedai makan yang dibuka di tepi jalan pada hari tersebut.

Menyedari situasi yang sedang berlaku, Syatir secara diam-diam kemudian memandu bas tersebut menuju ke rumah mertuanya dan merancang untuk membawa para penumpang menjamu selera disana.

Pada masa yang sama, Syatir turut menghubungi keluarga mertuanya untuk menyatakan hajat tersebut dan meminta izin mereka terlebih dahulu.

“Memang di rumah mertua mereka sudah menyediakan banyak makanan kerana sambutan perayaan. Tetapi saya hubungi dahulu kerana khuatir makanannya tidak cukup,” kata Syatir lagi.

Setibanya di sana, para penumpang bas berkenaan pada awalnya merasa hairan dengan tindakan Syatir singgah di sebuah rumah berdekatan kawasang kampung.

Selepas dijeput naik ke rumah dan menjamu selera mengikut tradisi orang Bugis, barulah mereka menyedari apa yang berlaku. Semua penumpang Syatir merasa amat bersyukur dan turut berterima kasih dengan budi pekerti yang ditunjukkan keluarga tersebut.

Keluarga mertua Syatir juga enggan menerima sebarang bayaran kerana meraikan semangat saling bantu-membantu sempena hari lebaran.

Dalam pada itu, sebilangan besar warga maya yang tersentuh dengan kebaikan pemandu bas serta keluarga mertuanya difahamkan berhajat untuk memberi sedikit sumbangan kepada mereka sebagai tanda berkongsi rezeki.

@octavpietherdjumapny

sehat selalu pak satir #tiktokpalu #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral

♬ suara asli – octavpietherdjumapny – octavpietherdjumapny

BACA: Cuaca Panas: Ibu Bapa Digalak Buat Aduan Jika Sekolah Anjur Aktiviti Luar – Fadhlina

Sumber: Kompas, Tribun News

The post Mengadu Lapar, Pemandu Bas Bawa Semua Penumpang Beraya Ruma Mertua appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*