Minyak Petrol RON97 Naik 10 Sen Seliter Bermula Esok

minyak Ron97 naik

Minyak Petrol RON97 Naik 10 Sen Seliter Bermula Esok

Harga runcit petrol RON97 dilaporkan akan naik sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM3.37 kepada RM3.47 seliter.

Manakala harga bagi petrol RON95 dilaporkan kekal pada harga RM2.05 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga runcit bagi kedua-dua produk itu telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” tulis kenyataan Kementerian Kewangan.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Dalam pada itu, Kerajaan juga memberi jaminan bahawa akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia.

Langkah bersesuaian juga akan diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dalam sebarang perubahan yang berlaku.

Sumber: X/@MOFmalaysia

The post Minyak Petrol RON97 Naik 10 Sen Seliter Bermula Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*